HUKUM GUNA PINGGAN ORANG BUKAN ISLAM

SOALAN INBOX

Salam ustaz, saya ada ramai kawan yang bukan Islam. Biasanya bila tiba hari perayaan bukan Islam saya selalu dijemput beraya ke rumah mereka. Apakah hukum saya menggunakan pinggan mangkuk orang bukan Islam yang memang kita tahu mereka makan daging khinzir?

JAWAPAN

1) Menurut kaedah umum ilmu fiqh, segala yang tidak pasti tidak boleh dijadikan hukum dan diputuskan. Hanya perkara yang dapat dipastikan dengan keyakinan sahaja yang boleh diputuskan hukumnya. Oleh itu selagimana pinggan mangkuk itu tidak dapat dibuktikan digunakan untuk menghidang daging khinzir selagi itu ia kekal suci hukumnya, walaupun pinggan mangkuk itu milik masyarakat yang kebiasaannya makan daging khinzir.

2) Permasalahan ini bersesuaian dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi, “الأصل بقاء ما كان على ما كان”, maksudnya, “Asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang sebelumnya atau asalnya”. Iaitu pinggan mangkuk itu kekal suci dan tidak perlu disamak kerana hukum asalnya ia adalah suci kerana tiada bukti yang pasti dan yakin bahawa pinggan itu telah menyentuh daging khinzir. Yang wujud hanya sangkaan atau syak wasangka.

3) Menurut Imam Nawawi -Rahimahullah- di dalam kitab al-Majmu’ bahawa sesuatu sangkaan itu boleh menjadi hukum yang pasti apabila ada pengkhabaran yang adil(إخبار عدل بالنجاسة). Jadi jika sangkaan kita bahawa pinggan mangkuk itu bernajis mughallazah boleh disabitkan dengan bukti yang kukuh seperti pengkhabaran orang yang dipercayai. Oleh itu selagi tiada bukti yang kukuh maka pinggan mangkuk itu kekal dalam hukum suci.

4) Jika merujuk kepada kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’ie antaranya “Minhaj al-Tolibin” karangan Imam Nawawi -Rahimahullah- bahawa sesuatu yang pada berkemungkinan besar bernajis(غلبت النجاسة) seperti pakaian orang yang kaki arak, pakaian bayi(selalunya terkena air kencing), pakaian tukang sembelih dan pakaian orang-orang kafir yang selalu berinteraksi dengan najis maka hukum asalnya bagi pakaian itu semua ialah suci. Ini kerana sangkaan semata-ata tidak boleh menjadi sumber hukum, melainkan ada bukti.

5) Perkara ini selaras dengan kaedah yang berbunyi “اليقين لا يزال بالشك”, maksudnya “Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan” iaitu keraguan tidak boleh diguna pakai atau keraguan tidak boleh mengatasi keyakinan.

6) Perlu diingat sememangnya masyarakat cina bukan Islam kebiasaannya mereka makan daging khinzir, namun tidak kesemuanya makan khinzir malah zaman sekarang ini ramai dari kalangan mereka tidak memakannya, seperti kebiasaannya budu adalah makanan kegemaran orang-orang Kelantan, namun begitu ramai orang Kelantan yang tidak makan budu.

7) Meski pun mereka makan khinzir namun tiada bukti yang nyata pinggan atau mangkuk yang mana satu digunakan untuk menghidangkan masakan khinzir tersebut. Apa pun kita tidak dianjurkan untuk menyiasat atau meminta penjelasan dari tuan rumah samaada perkakas itu bernajis atau tidak.

8) Walaubagaimana pun, menurut kitab Bughyah al-Mustarsyidin(fiqh Syafi’ie) bahawa hukum memakai perkakas orang kafir yang berkemungkinan besar bernajis adalah makruh. Namun ia tidak jatuh kepada hukum haram melainkan terbukti ia bernajis.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s