IKUT IMAM YANG BERLAINAN NIAT, JENIS DAN RAKAAT

SOALAN:

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya tentang solat jamak qasar. Saya dalam musafir ke Penang, waktu maghrib dah masuk, saya singgah RnR utk solat. Saya masuk surau, saya dapati satu jemaah baru sahaja selesai solat maghrib berjemaah, kemudian mereka bangun untuk solat Isyak secara qasar.

Soalan saya, untuk dapat fadilat berjemaah, boleh tak saya ikut jemaah itu tetapi dengan niat solat maghrib dan jamak? atau boleh tak saya solat isyak qasar bersama-sama jemaah dahulu kemudian saya jamak maghrib?

JAWAPAN:

1) Menurut mazhab Syafi’ie, jika seseorang ingin melakukan solat jamak taqdim, maka wajib mengikut terbit waktu solat, contohnya jika saudara ingin melakukan jamak pada waktu zohor, maka wajib laksanakan zohor dahulu kemudian diikuti dengan asar. Jika saudara ingin jamak pada waktu maghrib, maka wajib laksanakan maghrib dahulu sebelum isyak.

2) Oleh itu, saudara tidak boleh solat isyak dahulu bersama jemaah tersebut kerana ini bermakna anda mendahulukan solat isyak sedangkan saudara berada di dalam situasi jamak taqdim.

3) Menurut mazhab Syafi’ie juga, seseorang boleh mengikuti imam yang berlainan niat, sebagai contoh: Ali berniat untuk solat zohor boleh mengikuti Ahmad yang sedang solat asar. Hukum jemaah ini adalah sah.

4) Seseorang boleh mengikuti imam yang berlainan jenis solat, sebagai contoh: Ali yang ingin solat fardu zohor boleh mengikuti Ahmad yang sedang solat sunat ba’diah zohor. Hukum jemaah ini juga sah.

5) Seseorang juga boleh mengikuti imam yang berlainan bilangan rakaat. Sebagai contoh: Ali yang ingin solat maghrib boleh mengikuti imam yang sedang solat isyak. Hukum jemaah ini juga sah di sisi mazhab Syafi’ie.

6) Kembali kepada persoalan di atas, saudara digalakkan untuk mengikuti jemaah yang bersolat isyak secara qasar manakala saudara berniat untuk solat maghrib, di sini solat saudara dikira sah walaupun berlainan niat dan bilangan rakaat. Cuma saudara wajib melengkapkan rakaat ketiga setelah imam memberi salam. Kemudian saudara boleh bangun mengqasarkan solat isyak.

7) Jika jumlah rakaat makmum kurang daripada rakaat imam, sebagai contoh Imam solat fardu Isyak empat rakaat, manakala makmum solat qadha’ subuh. Apabila imam bangkit dari rakaat kedua untuk masuk ke rakaat ketiga maka makmum ada dua pilihan, samaada:

i – Duduk terus membaca tahiyyat akhir kemudian salam.

ii- Duduk sambil tunggu sehingga imam tiba pada saat tahiyyat akhirnya serta salam bersama-sama imam.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s