JAHIL RUKUN SOLAT

SOALAN INBOX:

Assalamu’alaikum ustaz, saya nak tanya satu soalan. Baru-baru ni saya saya ada dengar ceramah menyatakan tashahud akhir adalah rukun, jadi sesiapa yang tidak membacanya dalam solat maka solatnya tidak sah, wajid qadha’. Sebelum ini ada banyak kali saya mengerjakan solat tidak membaca tahiyat akhir sebab nak cepat, saya hanya baca 2 kalimah syahadah dan selawat dalam tahiyat akhir. Masalahnya saya sebelum ini memang tak tahu yang bacaan tashahud akhir itu adalah rukun, saya ingat yang rukun hanya selawat sahaja. Adakah saya wajib qadha’ solat-solat saya yang dulu?
.

JAWAPAN:

1) Antara rukun di dalam solat ialah duduk dan bacaan tasyahhud akhir. Selain itu juga, selawat di dalam tasyahhud akhir juga adalah rukun solat. Oleh itu sesiapa yang meninggalkan bacaan tasyahhud akhir maka tidak sah solatnya dan tidak memadai hanya membaca dua kalimah syahadah dan selawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

2) Solat fardu yang tidak lengkap rukunnya maka wajib qadha’ atau diulangi solat itu.

3) Kejahilan tentang rukun dan syarat sah solat tidak menjadi keuzuran bagi seseorang. Kaedah ilmu fiqh ada menyebut “الجهل بالشرط مبطل وإن صادفه”, maksudnya: kejahilan mengenai sesuatu syarat (sah hukum) tetap membatalkan, walaupun ia dilakukan dengan tepat secara kebetulan.

4) Maksud kaedah di atas contohnya, jika seseorang itu solat tanpa menghadap kiblat dalam keadaan jahil bahawa menghadap kiblat adalah salah satu syarat sah solat, maka solatnya tidak sah walaupun dalam keadaan tidak tahu.

5) Contoh yang lain, jika seseorang itu jahil atau tidak tahu cara atau kaifiat mengerjakan solat, maka solat tetap batal walaupun solat yang dilakukan itu adalah tepat secara kebetulan.

5) Berbalik kepada masalah di atas, saudara pernah meninggalkan bacaan tasyahhud akhir solat fardu dalam keadaan tidak tahu atau jahil maka ia tidak menjadi keuzuran. Oleh itu solat-solat itu tetap tidak sah dan wajib diulangi.

6) Bacaan tasyahhud ialah:
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله، السلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته، السلام علينا، وعلى عباد الله الصالحين، أشهد أن لا إله إلا الله، وأشهد أن محمداً رسول الله.
Ini adalah bacaan yang sempurna manakala kadar bacaan tasyahhud akhir yang wajib ialah:
التحيات لله, سلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاته, سلام علينا وعلى عباد الله الصالحين, أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله.

7) Manakala syahadah, ialah dua kalimah syahadah yang termaktub di dalam bacaan tahiyyat akhir, jadi dua kalimah syahadah sebahagian daripada bacaan tasyahhud.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s