MINTA CERAI KERANA MANDUL

SOALAN INBOX:

Salam ustaz, apakah hukum wanita meminta cerai dari suaminya atas sebab suaminya telah disahkan mandul? Adakah dia dikira berdosa kerana mintak cerai?

JAWAPAN:

1) Pada asasnya haram seorang wanita meminta cerai dari suaminya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak, berdasarkan larangan Rasulullah-Sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang berbunyi:

أيما امرأة سألت زوجها الطلاق من غير ما بأس فحرام عليها رائحة الجنة. رواه أبو داود والترمذي

Maksudnya: Mana-mana wanita yang meminta cerai dari suaminya tanpa ada sebab(keuzuran syar’ie) maka diharamkan ke atasnya bau syurga. (Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi)

2) Mengenai mandul pula, majoriti ulama 4 mazhab TIDAK MENGKETOGARIKAN mandul sebagai aib perkahwinan yang mana suami atau isteri boleh membatalkan perkahwinan. Ini adalah pendapat yang muktamad di dalam mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’ie dan Hanbali.

3) Mazhab Syafi’ie sendiri tidak meletakkan mandul sebagai aib yang si isteri boleh meminta cerai dari suami atau meminta fasakh dari qadhi. Perkara ini jelaskan oleh Imam Syafi’ie di dalam kitab al-Umm bahawa ada orang yang tidak mampu melahirkan pada usia muda, namun berjaya memperolehi anak setelah usia meningkat usia. Melainkan jikalau mana-mana yang tidak mampu memberi zuriat disebabkan tidak mampu berjimak dan ini baru lah diketogarikan sebagai aib.

4) Namun begitu ada di kalangan minoriti ulama yang berpendapat mandul termasuk di dalam ketogari aib perkahwinan. Ini merupakan pendapat Saidina Umar al-Khattab -Radiyallahu ‘anhu- dan minoriti dari kalangan ulama mazhab hanbali.

5) Imam Abdul Razzaq meriwayat daripada Saidina Umar -Radiyallahu ‘anhu- bahawa seseorang lelaki mengkhabarkan kepada Saidina Umar bahawa dia telah menikahi seorang perempuan sedangkan Saidina Umar mengetahui dia seorang lelaki yang mandul, lalu beliau memerintahkan lelaki itu memaklumkan kepada isterinya tentang kemandulannya supaya isterinya membuat pilihan samaada ingin terus menjadi isterinya atau tidak.

6) Kesimpulannya isu ini adalah perkara yang diperselisihkan oleh para ulama(rujuk: الفقه الإسلامي وأدلته). Selagimana ia khilaf maka bagi saya wanita tersebut tidak berdosa sekiranya meminta cerai dari suaminya.

7) Dalam isu ini saya lebih cenderung kepada pendapat majoriti ulama yang tidak meletakkan mandul sebagai aib perkahwinan. Oleh itu adalah lebih baik tidak berpisah atau bercerai disebabkan pasangan masing-masing mandul. Tambahan pula kemandulan merupakan penyakit yang boleh diubati dengan wujudnya teknologi moden dan hasil penyelidikan yang mampu mengatasi masalah ini.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s