NAZAR BERI NAMA ANAK

Soalan inbox:

Assalam ustaz, saya ada satu soalan. Saya telah bernazar jika kami dikurniakan anak lelaki saya akan memberi nama *********, jika perempuan saya akan beri nama *********. Alhamdulillah saya dikurniakan anak lelaki, namun ibu saya berhajat untuk beri nama pada anak saya lain dari apa yang kami nazarkan. Adakah wajib saya melaksanakan nazar ini? bagaimana pula boleh saya membatalkan nazar?
.

JAWAPAN

1) Nazar wajib dilaksanakan bagi sesiapa yang telah bernazar, sesiapa yang tidak melaksanakan nazar maka dia dikira berdosa dan tidak boleh memilih untuk membatalkan nazar dengan melaksanakan kafarah. Kafarah hanya bagi yang tidak mampu melaksanakan ia atas sebab keuzuran syar’ie.

2) Nazar yang wajib dilaksanakan ialah nazar untuk melakukan perkara ibadah yang sunat demi mendekatkan diri pada Allah Ta’ala.

3) Menurut Imam al-Shubramallisi di dalam karangannya “Hasyiah al-Shubramallisi ‘ala al-Tuhfah”, sesiapa yang bernazar untuk menamakan anak setelah lahir, maka dia wajib melaksanakan nazar itu jika nama yang dinazarkan itu ialah nama-nama yang sunat diberikan pada bayi, seperti nama Muhammad, Ahmad, nama yang melibatkan perhambaan terhadap Allah seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Malik. Begitu juga nama-nama para nabi dan rasul yang disebut di dalam al-Quran dan hadith. Selain itu nama-nama yang sunat menurut para ulama ialah nama-nama para sahabat dan isteri-isteri nabi. Jadi menurut fatwa Imam di atas maka termetrai lah nazar itu maka wajib dilaksanakan.

4) Manakala nama-nama yang tidak sunat seperti nama-nama moden yang KONONNYA sedap bunyi dan maknanya, maka nazar seperti ini diketogarikan sebagai ‘nazar mubah’ iaitu nazar dengan amalan yang diharuskan syarak bukan amalan sunat. ‘Nazar mubah’ menurut ulama mazhab Syafi’ie dan mazhab yang lain ia tidak wajib dilaksanakan kerana ia tidak dikira sebagai nazar yang mendekatkan diri kepada Allah, sebagai contoh seseorang bernazar, “jikalau aku lulus periksa aku bernazar nak makan nasi lima pinggan”. Jadi nazar seperti ini adalah sia-sia yang bukan sesuatu amalan yang mendekatkan diri pada Allah ta’ala.

5) Adakah ‘nazar mubah’ diwajibkan kafarah? menurut Imam Nawawi di dalam al-Majmu’ menyatakan bahawa nazar mudah tidak wajib dikenakan kafarah.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s