SOLAT JAMAK: MANA SATU YANG BUAT DAHULU?

Soalan inbox:

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya, kalau kita niat jama’ ta’khir zohor asar, kene dulukan solat asar atau zohor? Sedikit keliru tentang benda ni. boleh sertakan dalil sekali?

JAWAPAN:

1) Menurut mazhab Syafi’ie, Jikalau jamak ta’khir maka seseorang itu boleh melaksanakan mana-mana solat dahulu. Melainkankan kalau jamak taqdim wajib melaksanakan solat yang waktunya dahulu, contohnya jika waktu zohor maka WAJIB laksanakan solat zohor dahulu atau waktu maghrib dengan solat maghrib dahulu.

2) berkenaan dalil dalam permasalahan ini, tiada dalil yang spesifik dan jelas mengenai hukum ini. Namun para ulama berijtihad berdasarkan dalil yang umum.

3) Jamak taqdim yang mana zohor atau maghrib yang wajib didahulukan berdasarkan kewajipan mendahulukan solat pada waktunya.

4) Manakala jamak ta’khir boleh memilih mana-mana solat untuk didahulukan seperti asar dahulu sebelum zohor atau isyak sebelum maghrib, ini kerana solat asar dan isyak berada pada waktunya maka harus didahulukan solat pada waktunya.

5) Jamak ta’khir diharuskan juga untuk didahulukan solat yang telah lepas iaitu solat zohor dahulu sebelum asar dan maghrib sebelum isyak, berdalilkan peristiwa peperangan khandaq antara tentera Islam dan kuffar sehinggakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat tidak dapat menunaikan solat asar sehingga masuk waktu maghrib. Ketika ingin mendirikan solat, baginda mendirikan solat qada’ asar dahulu kemudian diikuti dengan solat maghrib. Dalil hadith ini, para ulama mengqiyaskan untuk permasalahan jamak ta’khir.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s