WAJIB LENGKAPKAN AL-FATIHAH?

SOALAN INBOX

Salam ustaz, Sbg contoh klu imam baca fatihah lepastu baca surah pendek saya tak sempat habiskan fatihah. Adakah saya perlu rukuk atau habiskan fatihah baru rukuk?

JAWAPAN

1) Asasnya wajib membaca al-Fatihah pada setiap rakaat solat, jika tidak membaca al-Fatihah pada salah satu rakaat maka solat tidak sah kerana didasari oleh Hadith Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menyatakan, “Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca al-Fatihah”, riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

2) Begitu juga menurut asas mazhab Syafi’ie, jika seseorang itu lewat mengikuti imam sebanyak 2 rukun fi’li maka solatnya terbatal. Sebagai contoh mereka yang tiada keuzuran melambatkan bacaan al-Fatihah dan surah sehingga imam sudah lengkap rukuk dan iktidal maka batal solatnya.

3) Namun bagi makmum yang mempunyai keuzuran iaitu masalah bacaan al-Fatihah dalam tempoh yang terlalu lambat, maka menurut mazhab syafi’ie ini diberi kelonggaran untuk menghabiskan al-Fatihah dalam tempoh TIGA RUKUN solat yang panjang iaitu ‘rukuk’ dan ‘dua sujud'(manakala ‘iktidal’ dan ‘duduk antara dua sujud’ adalah rukun yang pendek).

4) Makmum diberi keuzuran agar tidak mengikuti imam sebanyak tiga rukun yang panjang pada keadaan-keadaan tertentu(rujuk no. 7), di mana makmum mesti rukuk sebelum imam bangun dari sujud kedua untuk qiyam pada rakaat atau bangun untuk tasyahhud. (Rujuk: al-Majmu’, Imam Nawawi)

5) Jika makmum itu tidak rukuk setelah imam selesai dari sujud kedua, maka dia wajib berniat mufaraqah ATAU berniat untuk mengikuti pada had itu, ini bermakna dia tertinggal satu rakaat dan wajib ditambah setelah imam memberi salam. (Rujuk: Taqrirat Sadidah)

6) Jika dapat menghabiskan al-Fatihah dan rukuk sebelum imam habis sujud kedua maka dia tidak perlu berniat mufaraqah bahkan dia mendapat rakaat itu bersama imam, oleh tidak perlu menambah rakaat setelah imam salam.

7) Dalam kitab “Taqrirat Sadidah” menjelaskan keuzuran-keuzuran:

i. Jika makmum lembab bacaannya disebabkan kekurangan diri, seperti gagap.

ii. Syak samaada sudah membaca al-Fatihah atau tidak.

iii. Makmum yang lupa membaca al-Fatihah.

iv. Makmum yang muwafiq yang menyibukkan diri dengan sunat seperti doa iftitah, tiba-tiba imam rukuk.

v. Imam tiada saktah selepas membaca al-Fatihah atau tidak membaca surah selepas al-Fatihah dan ini menyebabkan makmum tidak sempat membacanya.

8) Perlu diingatkan, mereka yang was-was sehingga menyusahkan diri untuk menghabiskan al-Fatihah tidak dikira sebagai keuzuran seperti di atas(No. 7). Dia dikira sebagai normal maka tidak diberi keuzuran menghabiskan al-Fatihah selama tiga rukun yang panjang (Rujuk: al-Majmu’, Imam Nawawi). Malah dia diwajibkan agar menghabiskan al-fatihah sebelum imam menghabiskan rukun yang kedua(iktidal), jika tidak.. batal solatnya (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, Imam Ibn Hajar).

9) Berlainan pula jika seseorang itu masbuq iaitu terlewat mengikuti imam iaitu tempoh yang ada tidak memungkinkan dia menghabiskan bacaan al-Fatihah. Dalam situasi ini apabila imam sudah mula rukuk maka dia tidak wajib melengkapkan al-Fatihah, namun hendaklah rukuk bersama-sama imam walaupun al-fatihah tidak sempurna kerana ini kelonggaran bagi makmum yang lewat. (Rujuk: al-Majmu’, Imam Nawawi)

10) Jika dia memilih untuk menghabiskan al-Fatihah juga sehingga melepasi dua rukun fi’li yang dilakukan oleh Imam maka batal solatnya. Ini kerana melewatkan diri untuk mengikuti imam sebanyak 2 rukun fi’li, sedangkan dia tidak diwajibkan menghabiskan al-Fatihah.

11) Makmum yang lewat masuk jemaah tidak disunatkan membaca doa iftitah dan ta’awwuz(أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) kerana keutamaan perlu berikan kepada yang wajib iaitu bacaan al-Fatihah. Melainkan meyakini bahawa dia berkesempatan untuk menlengkapkan al-Fatihah setelah membaca doa iftitah dan ta’awwuz

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s