MINYAK RAMBUT DAN KOSMETIK

SOALAN INBOX:

Sah ke wuduk dan mandi junub kalau minyak rambut ada kat rambut, maksudnya minyak tu menghalang air kena pada kulit? kalau perempuan yang pakai make up kat muka, adkah wajib hilangkan make up dulu sebelum wuduk?

JAWAPAN:

1) Untuk menjawab soalan ini, suka saya petik kenyataan dari kitab “Kasyf al-Litham ‘an As-ilah al-Anam” menyebut:

الأدهان المائعة كالشيرج والزيت ونحو ذلك ليست مانعة من الوضوء

Maksudnya: Cecair-cecair berminyak seperti minyak bijan dan minyak tidak menghalang wudu’.

2) Oleh itu minyak rambut yang ada di rambut tidak perlu dihilangkan dahulu sebelum berwudu’ atau mandi junub. Ini disahkan oleh sebahagian ulama Syafi’iyyah antaranya Imam Ibn Hajar al-Haitami bahawa minyak yang cair bukan penghalang air wudu’. Lagipun jika ia disyaratkan maka ia akan menyukarkan seseorang itu untuk bersuci.

3) Berkenaan dengan bahan make-up di muka, Imam Ibn Hajar menjelaskan tentang syarat sah wudu’ di dalam kitab “Tuhfah al-Muhtaj” iaitu:

وأن لا يكون على العضو ما يغير الماء تغيرا ضارا أو جرم كثيف يمنع وصوله للبشرة لا نحو خضاب ودهن مائع.

Maksudnya: Tidak boleh wujud pada anggota apa sahaja yang merubah (sifat) air dengan perubahan yang memudarat atau sesuatu yang tebal sehingga menghalang air sampai pada kulit, tidak seperti inai dan minyak yang cair.

4) Berpandukan kenyataan Imam Ibn Hajar di atas, jelas bahan kosmetik sejenis bahan yang boleh merubah sifat air(bau, warna atau rasa), tidak seperti inai(yang kering) dan minyak yang mana tidak memberi kesan perubahan pada air mutlak. Oleh itu mana-mana wanita yang ber’make-up’ tebal di muka wajib hilangkan dahulu sebelum berwuduk atau mandi hadas.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s