SOLAT MUSAFIR BAGI YANG BERTUKAR-TUKAR TEMPAT

SOALAN INBOX:

Tumpang brtanya, bagaimana jika tinggal di Banting, pergi ke kg jarak lebih 100km selama 3 hari (mlakukan jamak qasar), sterusnya ke tempat lain selama 2 hari yg jaraknya dri kampung 50km, blh dilakukn jamak qasar atau tidak. jarak prjlnan trsebut dikira dari Banting atau dari kampung?

JAWAPAN:

(Situasi 1)

Dalam situasi ini jika puan pulang ke kampung selam 3 hari tidak masuk hari pergi dan pulang ini bermakna puan masih lagi berstatus musafir dan jika pergi ke tempat lain dalam jarak 50km, puan juga masih dalam keadaan musafir.

Situasi pertama masih boleh jamak dan qasar kerana puan masih bermusafir, seumpama masih berkelana, walaupun berpindah-pindah dari tempat kesuatu tempat asalkan menepati syarat-syarat di bawah ini:

i) Tidak berada di suatu tempat(daerah, mukim atau bandar besar) lebih dari 3 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang. Sebagai contoh: Ali jadi Johor Bahru bermusafir ke Kuala Lumpur. Ali berada di Kuala Lumpur selama 3 hari, kemudian pergi ke Kajang dan menetap di sana selama 2 hari, seterusnya beliau menetap di Beranang selama 3 hari. Maka dalam tempoh ini Ali boleh melakukan solat jamak dan qasar kerana tidak bermukim di satu-satu tempat.

ii) Haruslah melepasi kawasan mukim sepertimana contoh yang disebut di atas menunjukkan bahawa Ali berpindah-pindah tempat yang melepasi kawasan mukim yang boleh diertikan had sempadan daerah, mukim atau bandar besar. Jika tidak melepasi kawasan mukim maka tidak layak untuk jamak dan qasar, sebagai contoh: Ali berada di kawasan Kajang dalam tempoh seminggu namun bertukar-tukar tempat di sekitar Kajang. Contohnya: Ali dari JB bermusafir di Taman Seri Jelok selama 2 hari, kemudian menetap di Taman Jasmin selama 2 hari dan seterusnya berada di Taman Kajang Perdana selama tiga hari.

Jadi dalam tempoh ini, Ali tidak boleh bersolat musafir(jamak qasar) kerana Ali sudah dikira bermukim di Kajang, meskipun beliau berpindah-pindah tempat namun antara satu termpat, namun tempat-tempat yang disebut itu berlegar di kawasan mukim Kajang.

(Situasi 2)

Kecuali jika puan berada di kampung selama 4 hari atau lebih maka setiba sahaja di kampung puan sudah berstatus mukim, kemudian pergi ke tempat lain dalam jarak 50km, puan juga tidak boleh qasar dan jamak sebab tidak mencukupi dua marhalah(82 km, sebahagian pendapat 89 km, boleh pilih yang mana satu).

Manakala situasi kedua, puan sudah bermukim jadi apabila puan pergi tempat lain maka bermakna puan memulakan perjalanan baru. Oleh itu ia tertakluk kepada jarak, jika mencukupi dua marhalah yang baru maka layak untuk jamak dan qasar ketika perjalanan baru.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Uncategorized. Bookmark the permalink.

33 Responses to SOLAT MUSAFIR BAGI YANG BERTUKAR-TUKAR TEMPAT

  1. Dr Mohd Hamzah says:

    Assalamualaikum Ustadz
    Apa yg saya faham berkenaan untuk orang yg bermusafir lebih dari 3 tak boleh di laku kan jamak qasar tetapi boleh mengqasarkan waktu waktu yg diboleh tanpa menjamakkannya. Adakah betul? Syukran Jazilan

    • aburuqayya says:

      Itu tidak benar. Apabila seseorang itu telah bermukim maka dia tidak boleh mengqasarkan solat, namun adakalanya boleh menjamakkan solat sahaja, namun perlu memenuhi syarat2 tertentu untuk melayakkan solat jamak(tanpa qasar) dalam keadaan bermukim.

  2. zaidi says:

    Assalamualikum,
    Bagaimana pula jika keadaan
    1) saya bekerja di KL
    2) sedang memohon pertukaran ke kampung di Perak
    3) status permohonan belum diketahui
    4) isteri menetap di Perak
    5) berniat untuk menetap di Perak

    adakah saya masih dikira bermusafir dan dibolehkan jamak dan qasar setiap kali pulang ke Perak setiap hari jumaat malam hingga ahad malam?

  3. azizi says:

    Assalam .tuan.sekiranya saya dari kl ke alor setar dan berniat bermukim di alor setar selama seminggu.pada hari pertama tiba di rumah di alor setar, saya berehat selama 5 jam dan kemudian saya bergerak ke perlis yg berjarak 45km sehala.kemudian balik ke alor setar utk tidur pada hari yg sama.keesokan harinya kami pergi semula ke perlis dan kembali semula ke alor setar pada hari yg sama.adakah hari pertama dan kedua itu boleh dilakukan solat jamak?

  4. alya says:

    ustaz mengikut pemahaman saya, musafir itu tak kira perjalanan pergi dan balik.. bagaimana dengan situasi yang setiap minggu berulang alik melaka-kl ini ya:

    kampung di melaka, bekerja di kl.
    -ahad: bertolak ke kl..menetap di kl sampai rabu. khamis pulang ke melaka untuk bercuti hujung minggu. dan pulang balik ke kl hari ahad. dan situasi ini repeat setiap minggu.

    ahad dan khamis dikatakan tidak kira sebab itu hari perjalanan. maka saya stay di kl hanya 3 hari je..dan apa bila pulang ke melaka..saya hanya stay selama dua hari je (jumaat dan sabtu), kerana khamis dan ahad perjalanan bergerak ke kl balik..dan situasi ini repeat setiap minggu. saya tahu di melaka saya boleh jamak qasar.. bagaimana pula di kl, cukup syarat kah? jika boleh, takkan saya jamak qasar setiap hari?

  5. dalila says:

    salam tuan, saya ingin bertanya, bagaimana kalau saya melancong ke jepun selama 10 hari dan tinggal ditempat yang sama tetapi hari2 melakukan perjalanan di kawasan berbeza dalam lingkungan tak melebihi 90km. sukar untuk saya melakukan solat setiap waktu disebabkan tidak arif tentang kawasan tersebut. adakah boleh saya terus menjamakkan zuhur dan asar sekiranya jumpa tempat untuk solat, dan kemudian setibanya di rumah di malam hari saya menjamakkan maghrib dan isyak di rumah?

  6. salam tuan, saya ingin bertanya bagaimana sekiranya saya bercuti ke hong kong selama 4 hari (tidak termasuk pergi dah balik) tetapi pada hari ke-3 saya ke macau tanpa menginap(pergi pagi balik malam) bolehkah saya jamakkan solat???terima kasih..

    • aburuqayya says:

      Jika sudah niat untuk bermukim di hong kong maka tidak boleh jamak qasar lagi. Jika hari ke3 terbang ke macau ini bermakna anda bukan berniat bermukim.

  7. Din says:

    Assalamualaikum ustaz, berkenaad situasi di bawah, adakah boleh sembahyang jamak

    Hari 1: Perjalanan, sampai di Balik Pulau, P.Pinang
    Hari 2: Berehat di Balik Pulau
    Hari 3: Berehat di Balik Pulau
    Hari 4: Ronda pergi ke Kepala Batas (Daerah Lain-lebih 50km)
    Hari 5: Berehat di Balik Pulau
    Hari 6: Balik ke rumah asal

    Mengikut situasi ini, adakah sama mcm yang ustaz cerita dekat atas? Yang membezakannya, saya pergi ke daerah lain, tetapi, saya pulang semula ke Balik Pulau pada hari yg sama. Adakah masih boleh jamak qasar?

  8. Ita says:

    Saya bertugas di london dan tinggal di hotel di kawasan lancaster selama dari sabtu hingga rabu. Saya solat tamam. Pd hari rabu, saya bertukar hotel di kawasan bayswater hingga jumaat. Adakah boleh saya solat jamak di bayswater?

  9. Razin says:

    Assalamualaikum ustz..sy ni kerja jarak jauh…rumah di melaka…tmpat kerja di btu pahat …so dlm 130 lebih km…bole x sy solat jamak qasar ketika sy berada di tempat kerja..juga adalah kekangan masa sy utk solat asar..sbb sampai umh da nk maghrib…

  10. Anuar says:

    Assalam ustaz, saya ada dengar terdapat hadis sahih menyata kita boleh jamak dan qasar selama 18 hari sekiranya kita musafir, adakah benar ustaz.

  11. azwa says:

    Salam ustaz, bg perjalanan berbentuk segitiga ABC,. Rumah saya di A..
    manakala B dan C adalah rumah mertua..
    Jarak A ke B adalah 70km
    Jarak A ke C adalah 70km
    Jarak B ke C adalah 40km

    Jika sy berniat utk pulang ke dua2 kampung, dari A ke B dan esoknya terus ke C, jumlah perjalanan akan jadi 110km ( lebih 2marhalah)..

    Tapi jika pulang semula ke A, jarak dari C ke A kurang 2marhalah

    Soalan : bolehkah saya solat jamak qasar dlm perjalanan pergi dari A ke B dan ke C?

    Bolehkah sy solat jamak qasar di C sedangkan esoknya saya akan pulang ke A yg jaraknya kurang 2marhalah?

  12. muhammad syahiddan says:

    Assalamualaikum ustaz.jika sy blik kampung Dr Selangor ke Kelantan.pergi hari isnin.blik hri sabtu.leh x Jamak shaja Tanpa qasar?

    • aburuqayya says:

      Secara tidak langsung anda sudah berniat utk bermukim di sana, kerana mendiami di kelantan selama 4 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Dengan ini anda tidak lagi boleh solat jamak dan qasar setelah tiba di kawasan mukim anda di Kelantan.

  13. mohd says:

    assalamualaikum ust.sy dri kelantan ke perak umh mentua.sy pergi hari sabtu n mungkin akan blik kelantan hari jumaat mggu hadapan.yg mana tidak termasuk hri pergi n blik sy duk sana dalm 5hri.sblm ini sy ingatkn saya dikira musafir maka saya solat jamak n qasar?apa hukum solat saya?adakah sy wajib ulangi balik secara tamam.mohon penjelasan ust

    • aburuqayya says:

      Solat2 yang terdahulu merupakan amalan tuan yang kurang ilmu ketika itu, ia dimaafkan dan diberi keuzuran. Oleh itu tidak perlu mengqadhanya.

  14. Azwan says:

    Assalamualaikum ust.. mcm mana situasi sy jika sy dari K.Lumpur ke Alor Setar dan tidur di sana selama 3 hari dan msuk hari ke empat sy keluar ke p. Pinang tp pulang semula ke Alor star pada hari yg sama dan tinggal di sana selama 2 hari lagi dan baru pulang ke K.Lumpur. Adakah sy masih lagi boleh jamak dan qasar selpas pulang dr p. Pinang atau adakah sy di anggap telah bermukim di Alor Setar selama 6 hari

  15. Ayraz says:

    Assalamualaikum… sy nak tanye..
    Sy bulan puasa adee buka bazar di johor.. sy menetap di melaka…
    Tp untuk bulan puasa sy akan duduk di sne sampai malam raya.. maknenye sy akan duduk disana sebulan.. tp dalam mse sebulan tu sy akan balik melaka beberapa kali.. boleh x setiap kali sy ke johor sy jamakkan solat sy selama 3 hari.. lepastu sy solat mcm biasa blk.. then bile sy balik melaka satu mlm, sy balik ke johor balik sy jamakkkan balik solat sy 3 hari lg… boleh ke ustaz?

    • aburuqayya says:

      Boleh asalkan anda tidak merancang untuk tinggal di JB melebihi 3 hari yang tidak termasuk hari pergi dan pulang. Jika melebihi tempoh 3 hari maka setiba di destinasi di JB anda tidak boleh lagi jamak dan qasar.

  16. Izzati says:

    Assalamualaikum. Saya akan ke Korea selama 10 hari. Dalam tempoh ni, boleh ke saya jamak ? Jika kesukaran dalam jumpa ruang solat.

    • aburuqayya says:

      wsalam… ruang solat tidak semestinya di masjid atau surau atau mana-mana ruang yang disediakan untuk solat. Saudari boleh mengerjakan solat di tepi jalan, di bawah pokok, di bawah tangga sepertimana banyak riwayat hadith yang menyebut bahawa baginda solat di atas tanah dan seumpamanya. Saya sarankan supaya melaksanakan solat pada waktunya jika saudari tidak berada di dalam keadaan musafir. Sebelum keluar hotel saudari boleh pastikan saudari dalam keadaan wuduk, bila tiba waktu solat saudari boleh mencari tempat2 yang sesuai dan diyakini suci untuk solat walaupun tanpa menggunakan sejadah dan tanpa perlu menanggalkan kasut. Jika wuduk saudari terbatal, saudari boleh berwuduk seperti biasa dan hanya sapu di bahagian atas kaki sebagai ganti menyapu di atas khuf kerana untuk memudahkan urusan solat saudari ketika berada di sana.

      • Fadzli says:

        Saya juga dijangka akan menghadapi keadaan yang hampir sama…Selain daripada mencari tempat2 sesuai untuk solat (tepi jalan, bawah pokok etc..) bolehkah saya hanya solat secara duduk (contohnya ketika berada dalam keretapi) walaupun ada keupayaan untuk berdiri? Sebab saya pernah terdengar ada satu pendapat mengatakan memandangkan keadaan negara bukan Islam, dikhuatiri kebanyakan orang akan memandang serong sekiranya melihat kita bersolat di tepi jalan, bawah pokok etc…Mohon pencerahan. TQ

      • aburuqayya says:

        selagi saudara mampu untuk berdiri dan keadaan mengizinkan seperti tempat yang cukup untuk berdiri, maka wajib solat dalam keadaan berdiri.

  17. Ami.Y says:

    Assalamualaikum w.b.t
    Terima kasih di atas penjelasan mengenai solat jamak dan qasar di atas. Sedikit sebanyak membantu pemahaman saya. Namun, saya perlukan sedikit lagi penjelasan dr tuan. Saya akan ke luar negara dan akan berada di sana dalam tempoh 7 hari tidak termasuk hari pergi dan balik. Saya akan menetap di dua tempat

    Tempat pertama 29 okt dan akan ke tempat kedua pada 1 nov dan akan menetap sehingga 4 nov. Walaubagaimanapun, jarak penginapan saya tidak lebiih dari 40km.

    Soalan saya, Jika jarak perjalanan ke satu-satu daerah melebihi km yang ditetapkan tetapi masih lagi akan krmbali menginap ditempat yang sama, adakah saya boleh menjamakkan solat?

    Terima kasih atas perhatian Tuan,

  18. Assalamualaikum w.b.t
    Terima kasih di atas penjelasan mengenai solat jamak dan qasar di atas. Sedikit sebanyak membantu pemahaman saya. Namun, saya perlukan sedikit lagi penjelasan dr tuan. Saya akan ke luar negara dan akan berada di sana dalam tempoh 7 hari tidak termasuk hari pergi dan balik. Saya akan menetap di dua tempat

    Tempat pertama 29 okt dan akan ke tempat kedua pada 1 nov dan akan menetap sehingga 4 nov. Walaubagaimanapun, jarak penginapan saya tidak lebiih dari 40km.

    Soalan saya, Jika jarak perjalanan ke satu-satu daerah melebihi km yang ditetapkan tetapi masih lagi akan krmbali menginap ditempat yang sama, adakah saya boleh menjamakkan solat?

    Terima kasih atas perhatian Tuan,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s