BERHADAS KETIKA MANDI JUNUB

SOALAN:

Salam ustaz, macamana kalau tengah mandi wajib tiba-tiba terkencing, perlu ke saya ulang balik mandi tu?

JAWAPAN:

1)Menurut al-Imam al-Hisni di dalam karangannya ‘Kifayatul Akhyar’:

لو أحدث في أثناء الغسل جاز له أن يتم غسله ولا يمنع الحدث صحته، لكن لا يصلي حتى يتوضأ.

Maksudnya: “Jika seseorang itu berhadas ketika mandi (junub) maka dia harus menyempurnakan mandian itu dan hadas tidak menghalang sahnya mandian itu. Tetapi dia tidak boleh solat sehingga lah berwudu'”.

2) Berdasarkan kenyataan di atas, sesiapa yang sedang mandi wajib tiba-tiba berhadas seperti kencing, terkentut, sentuh kemaluan dengan telapak tangan atau sentuh isteri maka dalam ilmu fiqh perkara yang membatalkan wudu’ tidak membatalkan mandi junub. Oleh dia boleh meneruskan mandian itu tanpa mengulangi anggota tubuh yang sudah dimandikan.

3) Akan tetapi sesiapa yang berhadas ketika sedang mandi maka mandi junubnya adalah sah, namun selepas itu jika dia ingin mengerjakan solat maka wajib lah berwudu’ dahulu.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s