LAFAZ KINAYAH(KIASAN) DALAM TALAK

lafaz-kinayah

Ilmu wajib disampaikan dengan penuh amanah, fakta mestilah tepat dan tidak mengelirukan para pendengar dan pembaca. Jangan sampai sesuatu penyampaian itu menimbulkan salah faham dan salah amal terhadap sesuatu perkara. Jika ia berlaku, tanggungjawabnya berat yang perlu dijawab di hadapan Allah.

1) Berkenaan poster ini, sangat mengelirukan orang awam Sepatutnya tidak boleh dipaparkan sebegini tanpa perincinan.

2) Lafaz-lafaz dalam poster tersebut adalah kinayah(kiasan), jadi ia bergantung pada niat, kalau niat kinayah dilafazkan dengan niat mentalakkan isteri maka jatuh talak itu. Ini kerana lafaz kinayah(kiasan) boleh memberi maksud yg lain, tak semesti maksud talak. Ini dijelaskan boleh Imam al-Khatib al-Syirbini di dalam kitabnya “Al-Iqna’ bi Hall Alfaz Abi Syuja”:

وكناية وهو ما يحتمل الطلاق وغيره فيحتاج إلى نية لإيقاعه.

Maksudnya: “(Talak) Kinayah ialah apa-apa (lafaz) yang membawa makna talak dan selainnya, maka ia memerlukan niat untuk menjatuhkannya”.

3) Oleh itu apa-apa sahaja lafaz selain dari lafaz yang jelas dan nyata(sarih) maka ia memerlukan niat, seperti seorang lelaki berkata kepada isterinya, “Saya tak nak tengok muka awak lagi”. Lafaz ini dikira sebagai talak JIKA si suami berniat di dalam hati untuk menceraikan isterinya.

4) Jika si suami menafikan niat cerai di mana berkemungkinan si suami berniat lain(seperti menyampah dan marah sahaja), maka hakim wajib mengambil kata-kata zahirnya dan talak tidak jatuh. Meskipun si suami berbohong(sebenarnya di hati berniat cerai), maka itu adalah urusan si suami dengan Allah Ta’ala kerana urusan hati hanya milik Allah dan dia akan bertanggungjawab di hari pembalasan nanti.

5) Manakala lafaz talak yang jelas dan nyata(sarih) tidak memerlukan niat talak/cerai, iaitu ia tetap jatuh talak walaupun tanpa niat talak seperti lafaz “Aku ceraikan kau” dan “Aku talakkan kau”. Ini dijelaskan oleh al-Khatib al-Syirbini dalam kitab yang sama:

صريح وهو ما لا يحتمل ظاهره غير الطلاق, فلا يحتاج إلى النية لإيقاع الطلاق.

Maksudnya: “(Talak) sarih ialah apa-apa (lafaz) yang tidak membawa makna zahirnya selain dari (makna) talak, maka ia tidak memerlukan niat untuk menjatuhkan talak”.

6) Lafaz sarih (jelas), iaitu yang diucapkan dengan terang dan jelas. Lafaz sarih ini terbahagi kepada beberapa ucapan seperti berkata: “Aku ceraikan engkau talak satu”,  dan “Aku talakkan kau”. Secara pastinya dengan lafaz ini dikira jatuh talak walaupun tanpa niat si suami untuk menceraikan isteri. Ini berdasarkan sabda Nabi -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: “Tiga perkara yang serius dan gurauan sama-sama dianggap serius: nikah, talak, dan rujuk”. (Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Tirmizi)

7) Bagi mereka yang merasakan diri kurang pengetahuan terutamanya ilmu agama, hendaklah berhati-hati dalam menyampai fakta, ilmu dan berita. Jangan sampai kita dipertanggungjawabkan oleh Allah kerana kelalaian kita yang disengajakan sehingga tersebarnya fakta yang salah. Lebih teruk lagi apabila orang ramai beramal dengan ilmu salah yang telah kita sebarkan.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

2 Responses to LAFAZ KINAYAH(KIASAN) DALAM TALAK

  1. Salam ustaz, saya ingin bertanya.. kisahnya begini, sepasang suami isteri bergurau dalam kereta.. masing2 teringat zaman waktu mula2 berkenalan. Masing-masing bergurau hingga suami mengusik dan berkata “kalo macam tu, kita clash la..”.. si isteri kata “abang jgn main2 bang..kang jatuh lak talak..” suaminya kata tidak jatuh kerana dia hanya bergurau pasal clash couple..tiada niat apa2.. persoalannya ustaz, adakah jatuh talak? si isteri kdg2 was2 juga.. tapi suami tetap teguh dgn pendirian yang dia hanya bergurau tanpa niat… adakah perkataan “clash” itu lafaz sarih seperti perkataan “talak” dan “cerai”?

    Terima kasih ustaz atas jawapan yang akan diberikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s