KENALI MAHRAM ANDA

SOALAN INBOX:

Salam ustaz, ustaz ada cara tak untuk kenal yang mana satu ada hubungan mahram dengan kita. contoh macam saya ni lelaki susah nak pastikan yang mana satu yang boleh salam dan mana tak boleh?

JAWAPAN:

Untuk mengenali individu-individu yang diketogarikan sebagai mahram iaitu kita boleh bersalam dengannya dan batasan aurat sedikit bebas berbanding dengan ajnabi(bukan mahram). Allah Subhanahu wa ta’ala telah memberi penerangan yang jelas siapakah yang layak diketogarikan sebagai mahram di dalam surah al-Nisa’, ayat 23:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Untuk lebih mudah memahami, para ulama telah menyusun beberapa ketogari yang melibatkan status mahram bagi seseorang muslim terbahagi kepada 3 bahagian:

PERTAMA: Hubungan mahram melalui nasab(keturunan)

KEDUA: Hubungan mahram melalui penyusuan

KETIGA: Hubungan mahram melalui perkahwinan
———————————-

KETOGARI PERTAMA untuk lelaki terbahagi kepada 7:

1. Ibu dan ke atas (termasuk nenek dan moyang perempuan)

2. Anak perempuan dan ke bawah (termasuk cucu cicit perempuan)

3. Adik beradik perempuan (termasuk seibu sahaja dan sebapa sahaja)

4. Ibu saudara (sebelah bapa)

5. Ibu saudara (sebelah ibu)

6. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki (termasuk cucu cicit perempuan saudara)

7. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan (termasuk cucu cicit perempuan saudara)
.

Manakala untuk perempuan juga terbahagi kepada 7:

1. Bapa dan ke atas(termasuk datuk dan moyang perempuan)

2. Anak lelaki dan ke bawah (termasuk cucu cicit lelaki )

3. Adik beradik lelaki (termasuk seibu sahaja dan sebapa sahaja)

4. Bapa saudara (sebelah bapa)

5. Bapa saudara (sebelah ibu)

6. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki (termasuk cucu cicit lelaki saudara)

7. Anak lelaki kepada adik beradik perempuan (termasuk cucu cicit lelaki saudara)
————————————–

KETOGARI KEDUA pula hukumnya saya seperti nasab, maka pembahagiannya sama seperti bahagian pertama iaitu hubungan mahram melalui nasab iaitu 7 pecahan untuk lelaki dan perempuan.

————————————–

KETOGARI KETIGA terbahagi kepada 4 untuk lelaki:

1. Ibu kepada isteri/ibu mentua (termasuk nenek moyang kepada si isteri)

2. Anak tiri perempuan iaitu anak isteri (apabila bapa tiri sudah mengauli ibunya)

3. Isteri kepada bapa

4. Isteri kepada anak lelaki/menantu perempuan (termasuk juga isteri kepada cucu/cicit lelaki)
.

Manakala untuk perempuan pula, juga terbahagi kepada 4:

1. Bapa kepada suami/bapa mentua (termasuk datuk moyang kepada si suami)

2. Anak tiri lelaki (anak suami)

3. Suami kepada ibu

4. Suami kepada anak perempuan/menantu lelaki (termasuk juga suami kepada cucu/cicit perempuan)

Jadi, selain dari senarai di atas tidak termasuk dalam ketogari mahram, maka mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram begitu juga bersalam salaman. Untuk lebih mudah, anda perlu menghafal 18 pecahan mahram di atas untuk mudah dijadikan sebagai ‘guidline’.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s