KESAN NAJIS PADA PAKAIAN

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz.. tumpang tanya. bagaimana baju yang terkena darah semasa sembelih dan lapah lembu tapi bila dah basuh warna kemerahan tu masih ada,susah nak hilang. adakah baju tu dikira bernajis tak boleh bawak solat?

JAWAPAN:

1) Kesan najis yang sukar dihilangkan adalah perkara yang dimaafkan walaupun najis mughallazah. Jadi pakaian seperti itu boleh dipakai untuk tujuan solat. Hal ini ada disebut di dalam kitab “Muqaddimah Hadramiyyah”:

ولا يضر بقاء لون أو ريح عسر زواله

Maksudnya: “Warna dan bau (najis) yang kekal yang mana sukar untuk dihilangkan maka ia tidak memudaratkan”.

2) Piawaian bagi kesukaran menghilangkan kesan najis samaada bau ataupun warna, telah dinyatakan di dalam kitab “Busyra al-Karim”(Syarah Muqaddimah Hadramiyyah):

ضابط العسر: أن لا تزول بعد الغسل ثلاث مرات مع الحت والقرص في كلٍّ، ومع نحو أشنان أو صابون توقفت الإزالة عليه بقول خبير

Maksudnya: “Piawaian kesan najis yang sukar dihilangkan iaitu (apabila) kesan najis tidak hilang selepas basuhan sebanyak 3 kali beserta gosokan dan tekan pada setiap kali basuhan, juga berserta (bahan basuhan) seperti ‘Usynan'(sejenis tumbuhan dijadikan bahan basuhan) atau sabun yang mana kuasa menghilangkannya bergantung kepada kenyataan orang yang pakar”.

3) Sabun basuh pada moden zaman ini ternyata mampu menghilang kesan-kesan najis menurut kajian pakar. Namun jika tempat kesan najis itu sudah dibasuh sebanyak 3 kali bersama-sama sabun dan kesan masih lagi berbaki, maka ia dimaafkan dan pakaian itu tidak dikira pakaian bernajis. Ini selaras dengan falsafah Islam sebagai agama yang mudah untuk diamalkan oleh umatnya.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s