ZAKAT UNTUK ADIK BERADIK

SOALAN INBOX:

Salam ustaz, saya ada seorang kakak yang hidupnya susah sebab dia kematian suami dan kakak saya tu ada lima orang anak yang masih belajar. saya ingat nak bayar zakat pada kakak saya, tapi ada yang cakap kakak tak layak terima zakat sebab adik beradik lelaki yang mampu wajib tanggung adik beradik perempuan yang susah. mohon pencerahan dari ustaz betul ke mcam ni?
.

JAWAPAN:

1) Ulama bersepakat bahawa zakat wajib diagihkan hanya kepada 8 golongan asnaf yang disebut di dalam surah al-Taubah, ayat 60. Asnaf-asnaf yang dimaksudkan ialah fakir, miskin, amil zakat, riqab, muallaf, orang yang berhutang, fi sabilillah dan Ibnu Sabil.

2) Begitu juga para ulama menyatakan bahawa zakat tidak boleh diberi kepada ahli keluarga di bawah tanggungan sebagai contoh, Ali tidak boleh memberi zakat kepada isteri dan anaknya yang masih kecil kerana mereka di bawah tanggungan ali.

3) Manakala adik beradik perempuan yang susah atau miskin tidak termasuk di bawah tanggungan seseorang. Hal ini telah dijelaskan oleh Sheikhul Islam al-Imam Zakaria al-Ansari(ulama mazhab Syafi’ie) di dalam karangannya “Asna al-Matalib Fi Syarh Raudhit Tolib”:

وإنما تجب على ذي قرابة بعضية وتجب له، وهم الفروع وإن نزلوا والأصول وإن علوا فقط، أي دون سائر القرابات كالأخ والأخت والعم والعمة، ذكوراً وإناثاً وارثين وغير وارثين.

Maksudnya: “Sesungguhnya yang diwajibkan nafkah kepada kaum kerabat yang bersifat punca dan pecahan keturunan(قرابة بعضية) iaitu FURU'(anak, cucu, cicit) dan yang ke bawah dan USUL(bapa, ibu, datuk, nenek) dan yang ke atas sahaja, iaitu tidak termasuk kaum keluarga yang lain seperti adik beradik lelaki, adik beradik perempuan, pakcik, makcik samaada lelaki mahupun perempuan, yang tergolong daripada pewaris harta atau tidak”.

4) Berbalik soalan di atas, adik beradik perempuan yang susah atau tiada penanggung seperti suami dan ayah tidak termasuk dalam golongan yang wajib diberikan nafkah oleh adik beradik yang lain. Maka boleh malah disunatkan beri zakat kepada adik beradik yang susah samaada lelaki mahupun perempuan selagimana mereka tergolongan daripada asnaf-asnaf yang berhak mendapat zakat.

5) Sesungguhnya memberi zakat kepada kaum keluarga dan kerabat yang bukan tanggungan nafkah lebih afdal dari memberi zakat kepada asnaf yang bukan dari kalangan keluarga. Kelebihan ini dijelaskan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam sepotong hadith:

الصدقة على المسكين صدقة، وعلى ذى الرحم ثنتان، صدقة وصلة

Maksudnya: “Sedekah kepada orang miskin adalah satu sedekah, manakala sedekah kepada ahli keluarga merupakan dua kebaikan, iaitu sedekah dan silaturrahim”. (Hadith riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Nasa’ie dan Ibn Majah)

6) Hadith di atas menunjukkan bahawa memberi zakat kepada ahli keluarga dan sanak saudara mempunyai dua kebaikan, manakala pada orang miskin hanya satu kebaikan. Dalam sepotong hadith baginda menyebut kelebihan menyambung tali silaturrahim sepertimana sabda baginda:

من سره أن يبسط له في رزقه أو ينسأ له في أثره فليصل رحمه

Maksudnya: “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki untuknya atau dipanjangkan umurnya, maka hendak lah dia menyambung tali silaturrahim. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s