AGIHAN ZAKAT

SOALAN INBOX:

Ustaz… boleh tak saya beri zakat 2.5% semuanya saya serahkan kepada kakak* saya tu? saya dengar ustaz kazim elias cakap setiap asnaf paling kurang 3 orang wajib kena agihkan.
——————————–
*Beliau merupakan seorang balu mempunyai 5 orang anak yang masih kecil dan diketogarikan sebagai asnaf zakat.

JAWAPAN:
Secara ringkas cara mengagihkan zakat menurut mazhab Syafi’ie:

1) Zakat wajib diberikan kepada 8 asnaf/golongan jika kesemuanya mudah ditemui, ini tugasan amil. Jika agih sendiri tanpa amil hanya wajib diberikan kepada 7 asnaf/golongan sahaja(tidak termasuk amil), asalkan yang mudah ditemui.

2) Namun dalam perspektif zaman kini asnaf riqab(hamba) sudah tidak lagi wujud. Oleh itu jumlah asnaf yang tinggal ialah 7. Jika seseorang ingin mengagihkan zakatnya sendiri maka perlu ditolak juga asnaf amil, maka hanya tinggal 6 asnaf yang wajib diagihkan.

3) Jika tidak mampu untuk menemui keenam-enam asnaf, maka cukup sekadar bilangan asnaf yang ada dan ditemui. Contoh 3 asnaf atau 4 asnaf.

4) Disunatkan agihan zakat diberi sama rata kepada semua asnaf, kecuali amil.

5) Namun harus juga tidak disamaratakan antara asnaf iaitu boleh dilebihkan agihan zakat pada sesuatu asnaf berbanding asnaf yang lain berdasarkan keperluan.

6) Setiap asnaf tidak boleh kurang dari 3 orang(kecuali asnaf amil), sebagai contoh bagi asnaf fakir miskin wajib diberikan kepada 3 orang miskin, tidak boleh hanya seorang sahaja. Dalilnya berdasarkan ayat 60, surah al-Taubah, setiap asnaf disebut dalam lafaz jamak/plural. Menurut bahasa Arab bilangan bagi jamak/plural sekurang-kurangnya tiga.

7) Jika setiap asnaf tidak mencukupi seramai 3 orang kerana sukar untuk ditemui maka boleh diagihkan mengikut bilangan yang ada. Sepertimana jika sukar untuk menemui kesemua asnaf.

8) Jika hanya menemui satu asnaf sahaja, maka boleh diagihkan pada satu asnaf, namun wajib zakat itu diagihkan kepada tiga orang jika mudah ditemui. Jika sukar ditemui setelah berusaha namun kurang dari tiga orang, maka boleh diagihkan pada bilangan yang ada.

9) Tugas mengangih dan memberi zakat bukan semudah yang disangkakan. Sebab itu lah peranan amil sangat penting dalam tugasan mengagihkan zakat.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

———————————–
Rujukan:

كفاية الأخيار في حل غاية الاختصار –
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي –
الإقناع في حلّ الفاظ أبي شجاع –
بشرى الكريم بشرح مسائل التعليم –

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s