SAYA JUAL & SAYA BELI

SOALAN INBOX

Assalamualaikum ustaz…sah tak jual beli tanpa lafaz ijab dan kabul… macam: saya jual dan saya beli?

JAWAPAN:

1) Ulama bersepakat bahawa ijab dan kabul merupakan salah satu rukun jual beli. Namum ulama berselisih pendapat adakah ijab kabul wajib disertakan dengan lafaz atau tidak.

2) Sebahagian ulama mewajibkan lafaz ijab dan kabul seperti yang disebut dalam soalan di atas. Antara yang mewajibkan ialah majoriti ulama mazhab Syafi’ie dan ini adalah pendapat muktamad di dalam mazhab Syafi’ie.

3) Namun begitu, sebahagian ulama mazhab Syafi’ie tidak mewajibkan lafaz ijab dan kabul ketika urusan jual beli, malah ia sah dengan gaya dan reaksi jual beli(المعاطاة) iaitu cukup sekadar pembeli memberi wang kepada penjual, manakala penjual menyerahkan barang tanpa sebarang lafaz ijab kabul.

4) Antara ulama mazhab syafi’ie yang memilih dan menyokong pendapat tidak wajib lafaz ijab dan kabul ialah Imam Nawawi di dalam karangannya “al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab”. Beliau menyatakan bahawa bentuk ijab dan kabul cukup merujuk kepada uruf/kebiasaan setempat dan tidak semestinya mesti melalui lafaz.

5) Kesimpulannya, lafaz ijab dan kabul para ulama berselisih pendapat adakah ia wajib atau tidak. Majoriti ulama iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan sebahagian ulama mazhab Syafi’ie(termasuk Imam Nawawi) tidak menyatakan wajib lafaz, cukup sekadar gaya atau aksi yang melambangkan ijab dan kabul seperti penyerahan wang dan barang belian. Manakala mazhab Syafi’ie mewajibkan lafaz ijab dan kabul dalam urusan muamalat.

6) Pandangan Imam Nawawi dan majoriti ulama lebih sesuai diaplikasikan di Malaysia memandangkan uruf atau adat setempat tidak mengamalkan lafaz ijab dan kabul melainkan sesetengah individu.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s