NIFAS & ISTIHADAH

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum Ustaz. Terlebih dahulu saya nak memohon maaf kerana terpaksa mengganggu ustaz di pagi hari minggu ini. Saya ada kemushkilan. Saya baru sahaja keguguran. Kandungan sekitar 12 minggu. Saya diberitahu oleh doctor bahawa darah yg keluar selepas keguguran mengambil masa 1 – 2 minggu. Soalan saya adakah darah yg keluar selepas hari ke 15 dikira sebagai darah istihadah dan saya wajib utk mandi dan menunaikan solat? Atau sebaliknya. Mohon pencerahan dari ustaz sebab ramai sangat yang memberikan saya jawapan yang berbeza beza. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih.

JAWAPAN:
Secara ringkas wanita yang keguguran hukumnya sama seperti wanita yang bersalin. Oleh itu darah yang keluar selepas keguguran dikira sebagai darah nifas. Berikut sedikit perincian mengenai hukum hakam mengenai darah nifas menurut mazhab Syafi’ie:

1. Kadar minimum bagi nifas ialah satu percikan(majjah) darah yang keluar selepas bersalin walaupun sedikit.

2. Tempoh normal/kebiasaan bagi darah nifas ialah 40 hari.

3. Manakala tempoh maksimum untuk darah nifas ialah 60 hari.
Berikut adalah beberapa permasalahan yang berkaitan dengan darah nifas:

i) Jika darah nifas terputus kurang dari 60 hari kemudian timbul semula dalam tempoh tersebut maka ia masih dikira darah nifas. Contohnya darah terhenti pada hari ke 45, kemudian timbul semula pada hari ke 55, maka darah yang keluar dari hari ke 55 masih dikira sebagai nifas. Namun jika masih berterusan lebih dari 60 hari ia dikira istihadah.
ii) Jika seseorang wanita terputus darah nifas dalam tempoh maksimum, namun kurang daripada 15 hari maka ia masih dikira sebagai darah nifas. Contohnya darah nifas Siti terhenti pada hari ke 20 kemudian datang semula pada hari kemudian iaitu hari ke 31, maka ia masih dikira sebagai darah nifas.

3. Berlainan pula jika seorang wanita terputus darah nifas selama 15 hari atau lebih, maka darah yang datang untuk kali kedua itu dikira sebagai darah haid kerana dia telah melalui tempoh penyucian haid yang minimum iaitu 15 hari. Contohnya apabila Siti terputus darah nifas pada hari ke 20, kemudian darah muncul kembali selepas 15 hari iaitu hari ke 36, maka darah ini dikira sebagai darah haid bukan lagi darah nifas.

4. Jika wanita yang mengalami pendarah lebih dari 60 hari maka darah itu dikira sebagai darah istihadah bukan darah nifas lagi,

5. Namun setelah 60 hari darah masih keluar, jika terputus darah walaupun sehari maka darah yang kedua itu sudah dikira sebagai darah haid kerana ia sebagai pemisah antara darah istihadah dan darah haid yang baru seperti yang dinyatakan di dalam kitab “Fathul ‘Allam bi Syarh Mursyid al-Anam”.

6. Jika seorang wanita setelah melahirkan anak namun tidak kelihatan darah nifas yang keluar walaupun setitik. Kemudian setelah beberapa hari darah pun keluar. Dalam keadaan melihat kepada dua situasi:

i) Jika darah keluar dalam tempoh 15 hari maka darah itu dikira sebagai darah nifas. Contohnya jika Siti selepas melahirkan anak tanpa ada keluar darah(biasanya berlaku pada wanita yang melahirkan anak melalui pembedahan) kemudian darah muncul pada hari ke 7 selepas bersalin, maka darah ini masih diketogarikan sebagai darah nifas.

ii) Situasi kedua pula, Jika selepas bersalin secara normal atau pembedahan dan darah tidak timbul atau keluar, namun darah mula keluar selepas 15 hari, maka darah ini diketogarikan sebagai darah haid bukan darah nifas. Sebagai contoh: Siti tidak melihat darah keluar walau sedikit pun selepas bersalin, namun darah mula keluar pada hari ke 16 selepas melahirkan anak, maka darah ini diketogarikan sebagai darah haid bukan darah nifas.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s