TERJUMPA BARANG BERHARGA

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz.. Sy nk tnye ustaz suami sy bendahari surau, dia ada simpan brg2 berharga yg djumpai d surau seperti jam n cash. Jika brg2 itu tdk d tuntut setelah d war2 kan boleh kah sy menebus sbb sy suka 1 jam yg d simpan itu. Bagaimana cara nya ustaz. Terima kasih.

JAWAPAN:

1) Hadith yang diriwayat oleh Saidina Zaid bin Khalid al-Juhani Radiyallahu ‘anhu, bahawa seorang lelaki datang kepada Rasululullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tentang barang yang dijumpai, lalu baginda bersabda:

اعرف وكاءها وعفاصها، ثم عرِّفها سنة، فإن لم تعرف فاستنفقها، ولتكن وديعة عندك، فإن جاء طالبها يوماً من الدهر فأدِّها إليه.

Maksudnya: “Kenali lah ikatannya dan bungkusannya, kemudian umumkan pada orang ramai selama setahun, jika kamu tidak mengetahui (pemiliknya) maka kamu boleh memilikinya dan ia menjadi simpanan kamu. Jika suatu hari pemiliknya datang hendak lah kamu serahkan ia padanya”. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2) Berdasarkan hadith di atas, jika seseorang itu menemui barang yang berharga(seperti emas, perak, pakaian, jam) maka dia boleh mengambilnya jika berniat untuk mencari si pemilik barang itu. Seterusnya dia perlu mengenali tanda-tanda barangan itu supaya dapat membezakan antara barang-barang yang lain, agar nanti mudah mengesan pemilik barang itu melalui tanda-tanda barang tersebut.

3) Penemu barang itu mesti lah mengumumkan barang yang ditemui itu selama setahun, melalui wacana yang ada pada ketika itu. Wacana yang tercatat di dalam kitab-kitab fiqh klasik seperti memaklumkan di pintu masuk masjid dan pasar.

4) Setelah berlalu dalam tempoh setahun maka barang itu boleh dimiliki si penemu barang itu dan dia berhak untuk menggunakkannya malah boleh menjual barang itu. Namun hak milik barang yang dijumpai itu bukan menjadi hak mutlak si penemu, jika pemilik barang itu datang menuntut barangnya maka penemu wajib memulangkan kepada tuannya.

5) Jika barang itu sudah tiada lagi samaada setelah tempoh setahun atau tidak, maka si penemu wajib menggantikan barang itu semula samaada dengan bayaran atau ganti barang yang sama sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi.

6) Berbalik soalan di atas, jika pihak surau menemui barang yang berharga maka pihak surau mesti mengumumkan barang yang ditemui itu selama setahun pada orang ramai. Setelah tempoh setahun dan pemilik barang itu tidak juga ditemui maka barang itu semua menjadi hak milik surau dan surau boleh menjual pada sesiapa yang dikehendaki.

7) Namun jika datang pemilik barang dan menuntut barang itu maka pihak surau wajib memulangkan kembali, jika barang itu sudah tiada maka wajib digantikan dengan wang dan seumpamanya.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s