IDDAH WANITA YANG HAID TIDAK MENENTU

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ust. Berkenaan iddah. Wanita yg diceraikan suami (telah disetubuhi setelah berkahwin dan tidak mengandung) iddahnya 3 kali suci. Tetapi sekiranya wanita itu jenis yg haid tidak tetap. Bulan ni datang, lps tu dua bulan pulak tak datang, kemudian bulan ketiga datang, bulan keenam pulak datang. Macam mana nak kira ust?

JAWAPAN:

1) Pada asasnya wanita yang ada kitaran haid apabila diceraikan maka iddahnya ialah 3 kali suci dari haid. Termasuk juga wanita yang kitaran haid yang tidak menentu(bukan menopaus). Sebagai contoh wanita yang berkitaran haid normal tempoh haidnya kebiasaan mengambil masa 3 ke 4 bulan iaitu tempoh 3 kali suci. Manakala wanita yang tidak normal kitaran berkemungkinan mengambil masa lebih dari tempoh itu.

2) Walaubagaimana para ulama mazhab termasuk mazhab Syafi’ie menentukan had tempoh paling maksimum untuk menunggu kedatangan haid yang seterusnya, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi -Rahimahullah- di dalam kitab “al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab”:

وإن حاضت حيضة أو حيضتين ثم ارتفع حيضها لا تدري ما رفعه, لم تنقض عدتها إلا بعد سنة بعد انقطاع الحيض

Maksudnya: “Jika seseorang wanita didatangi haid sebanyak sekali atau dua kali kemudian terhenti haidnya dan dia tidak tahu apa yang menghentikan haidnya? maka iddahnya tidak terbatal melainkan selepas melepasi tempoh setahun selepas terputus haid”.

3) Kemudian Imam Nawawi mendatangkan dalil berdasarkan fatwa Saidina Umar al-Khattab -Radiyallahu ‘anhu’-:

وذلك لما روي عن عمر رضي الله عنه أنه قال في رجل طلق امرأته فحاضت حيضة أو حيضتين فارتفع حيضها لا تدري ما رفعه, تجلس تسعة أشهر، فإذا لم يستبن بها حمل تعتد بثلاثد أشهر فذلك سنة

Maksudnya: “Dan (dalil) itu dari apa yang diriwayatkan dari Umar Radiyallahu ‘anhu sesungguhnya beliau berkata kepada seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya, maka isterinya telah haid sekali atau dua kali lalu terhenti haidnya dan dia tidak tahu apa yang menghentikan haidnya, supaya menunggu selama sembilan bulan. Jika tidak didapati beliau mengandung (dalam tempoh 9 bulan) maka dikira iddahnya selama 3 bulan dan itu tempoh setahun”.

4) Berdasarkan fatwa Imam Nawawi di atas, wanita yang berkitaran haid yang tidak menentu maka harus dikira bermula hari beliau suci dari haidnya yang terakhir. Jika haid datang kembali kurang dari tempoh setahun maka suci dari haid yang baru itu dikira sebagai fasa iddah seterusnya.

5) Jika setelah suci dari haid yang terakhir namun haid tidak muncul kembali selama setahun maka secara otomatik iddah bagi wanita tersebut dan setelah itu boleh menikahi lelaki lain. Dalam tempoh setahun itu juga si suami boleh rujuk jika talak yang dijatuhkan ialah talak raj’ie bukan talak tiga.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

2 Responses to IDDAH WANITA YANG HAID TIDAK MENENTU

  1. salmah says:

    salam nk tanya klu selepas cerai bln petama dan kedua datang kotor bln ketiga kotor x dtg tu kira macam mne masih dlm edah ke

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s