SENYAP DALAM SOLAT

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum wrbt. maaf bertanya ustaz. biasanya kalau solat zohor dan asar, bila saya dah habis baca fatihah dn surah tp imam tak rukuk lagi. biasanya saya senyap, tapi bila senyap macam tu terkhayal benda lain pulak. boleh tak sementara tunggu imam nak rukuk saya baca zikir, selawat ke?

JAWAPAN:

Imam Nawawi -rahimahullah- pernah ditanya satu soalan yang hampir sama:

Apakah hukum jika seorang Imam setelah membaca al-Fatihah dalam solat jahr(yang bacaannya kuat seperti solat Maghrib) kemudian senyap sementara makmum membaca al-Fatihah, adakah senyap itu senyap yang hakiki(tanpa membaca apa-apa pun)? atau digalakkan membaca al-Quran dengan perlahan atau berzikir?

Imam Nawawi -rahimahullah- menjawab di dalam “Fatawa al-Nawawi”:

إنه يستحب له في هذه الحالة أن يشتغل بالذكر أو الدعاء أو القراءة سرا. والقراءة عندي: أفضل؛ لأن هذا موضعها. ودليل هذا الاستحباب أن الصلاة ليس فيها سكوت حقيقي في حق الإمام، وبالقياس على قراءته في انتظاره في صلاة الخوف. “فإن قيل” كيف يسمى سكوتا وفيه قراءة أو ذكر؟ الجواب: أنه لا يمتنع كما في السكتة بعد تكبيرة الإحرام، فإنه يستحب فيها دعاء الافتتاح، وقد ثبت في “الصحيحين.

Maksudnya: Disunatkan dalam keadaan ini seseorang itu memenuhinya dengan zikir, doa atau bacaan al-Quran. Bacaan al-Quran lebih afdal menurut pendapat saya kerana ia bersesuaian pada tempatnya. Dalil tentang sunatnya (amalan ini) kerana solat itu tiada yang dinamakan sebagai senyap yang hakiki pada pihak imam sepertimana yang diqiyaskan dengan bacaan imam ketika menunggu (jemaah menghabiskan solat) dalam solat Khauf.

Jika ditanya ‘bagaimana dinamakan senyap padahal wujud bacaan zikir atau al-Quran?’. Maka jawapannya, ia tiada halangan sepertimana saktah(senyap) selepas takbiratul ihram disunatkan membaca doa iftitah dan ia thabit di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Dalam Jawapan ini juga Imam Nawawi menjelaskan:

فإن قيل هذا الذكر والقراءة لم ينقل عن النبي صلى الله عليه وآله وسلم فكيف يستحب؟.
الجواب: أنه كما لم ينقل إثباته، لم ينقل نفيه ولا النهي عنه، فتكون مسألة لا نص فيها، فيعمل فيها بالقياس الذي ذكرناه، والله أعلم.

Maksudnya: Jika ditanya bahawa zikir dan bacaan al-Quran ini tidak diriwayatkan dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, bagaimana ia disunatkan?

Jawapannya: Sepertimana ia tidak diriwayatkan tentang thabitnya amalan ini, namun tidak juga diriwayatkan penafian dan larangan terhadapnya, maka masalah ini tiada nas, oleh itu ia diamalkan berdasarkan qiyas(perbandingan) sepertimana yang telah kami nyatakan. Wallahu A’lam.
——————————-

Berpandukan fatwa Imam Nawawi di atas, disunatkan makmum memenuhi keadaan senyapnya dengan bacaan al-Quran, zikir atau doa sementara menunggu imam menghabiskan bacaan di dalam solatnya atau rukuk.

Begitu juga ketika rukuk dan sujud ketika imam belum selesai maka disunatkan menambah dengan zikir dan doa sahaja. Namun tidak dibenarkan membaca al-Quran ketika rukuk dan sujud kerana terdapat larangan Nabi – Sallallahu ‘alaihi wa sallam-. Oleh itu hukumnya makruh seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s