BACA SURAH SAAT IMAM SUDAH RUKUK

SOALAN INBOX:

Salam ustaz, nak tanya contohnya kita tgh solat zohor… apa hukum imam dah mula rukuk makmum masih lg terus habiskan baca surah lps fatihah?

JAWAPAN:

1) Menurut kitab “al-Qaul al-Tam fi Ahkam al-Ma’mum wa al-Imam” oleh Imam al-Aqfahsi:

سبق الإمام المأموم بقراءة السورة في الصلاة السرية أو الجهرية وركع, فشرع المأموم في إتمامها وأتمها وأدرك الإمام راكعا. قال الشيخ أبو محمد “فقد ارتكب الخطاء, لأن متاعبة الإمام واجبة, والسورة مستحبة.

Maksudnya: “Jika imam mendahului ma’mum membaca surah di dalam solat yang jelas bacaannya(jahr) atau solat yang tidak jelas bacaannya(sirr) lalu (imam) rukuk, sedangkan ma’mum terus membaca dan berjaya melengkapkan surah itu serta sempat pula rukuk bersama imam. Menurut Sheikh Abu Muhammad, ma’mum itu telah melakukan kesalahan kerana mengikuti imam itu adalah wajib sedangkan membaca surah (selepas al-Fatihah) hanya sunat”.

2) Ma’mum yang sudah melengkapkan al-Fatihah tidak diberi keuzuran untuk menghabiskan surah. Menjadi tanggungjawab ma’mum mengikuti imam yang mula rukuk, melainkan ma’mum yang tidak sempat menghabiskan al-Fatihah bagi ma’mum atas sebab keuzuran.

3) Jika seseorang itu tidak mengikuti imam tanpa keuzuran maka hukumnya makruh jika imam sudah berpindah ke satu rukun yang lain. Namun solat tidak dikira batal, melainkan makmum menyelisihi imam sebanyak 2 rukun, baru lah solat dikira batal.

4) Jika ma’mum yang tiada keuzuran untuk menghabiskan al-Fatihah dan mereka yang sudah membaca al-Fatihah seperti kes di atas tidak mengikuti imam rukuk dan dia tidak sempat melakukan rukuk bersama imam dalam kadar toma’ninah, maka dia tidak dikira mendapat rakaat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu wajib bagi ma’mum itu menambah satu rakaat selepas salam imam (rujuk: al-Qaul al-Tam).

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s