KEDUDUKAN IMAM SETELAH SALAM(SOLAT)

10547718_10152860751719801_4834750069199135843_o

Sesiapa yang bersolat berjemaah terutama di masjid atau surau, secara kebiasaannya kita akan melihat kedudukan imam selepas solat(salam) iaitu tetap menghadap kiblat tanpa beralih ke mana-mana arah.

Dalam tulisan ini bukan tujuan untuk menyatakan ia satu perbuatan yang salah, tetapi sekadar berkongsi amalan yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Menurut riwayat-riwayat yang sahih, sesudah solat Baginda antaranya mengalih arah ke makmum seperti yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari:

عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ.
(صحيح البخاري, أبواب صفة الصلاة, باب يستقبل الإمام الناس إذا سلم)

Maksudnya: Sayyidina Samurah bin Jundub Radiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila telah selesai solat(salam) maka Baginda menghadap ke arah kami dengan wajahnya. (Hadith riwayat Imam Bukhari)

Hadith di atas menunjukkan Baginda mengalihkan seluruh tubuhnya agar menghadap ke arah makmum.

Antara arah lain yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ialah beralih ke arah kanan baginda sepertimana yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu:

عَنِ السُّدِّيِّ ، قَالَ : سَأَلْتُ أَنَسًا ، كَيْفَ أَنْصَرِفُ إِذَا صَلَّيْتُ عَنْ يَمِينِي أَوْ عَنْ يَسَارِي ؟ قَالَ : أَمَّا أَنَا ، ” فَأَكْثَرُ مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ
(صحيح مسلم, كتاب صلاة المسافرين وقصرها, باب باب جواز الانصراف من الصلاة عن اليمين)

Maksudnya: Al-Suddi meriwayatkan beliau berkata, “Aku bertanya Anas Radiyallahu ‘anhu, bagaimana aku beralih arah setelah solat(salam) iaitu arah kanan-ku atau kiri-ku?” Lalu Anas Radiyallahu ‘anhu menjawab, “Aku paling sering melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam beralih ke arah kanannya”. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Adakala juga Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam menghadap ke arah kiri Baginda sepertimana yang diriwayatkan oleh Hulb al-To’ie Radiyallahu ‘anhu:

عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ هُلْبٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّنَا فَيَنْصَرِفُ عَلَى جَانِبَيْهِ جَمِيعًا عَلَى يَمِينِهِ وَعَلَى شِمَالِهِ
(جامع الترميذي, كتاب الصلاة, صفة الصلاة, باب ما جاء في الانصراف عن يمينه وعن شماله)

Maknanya: Qabisah bin Hulb meriwayatkan daripada bapanya yang berkata, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengimami kami, lalu Baginda(setelah salam) beralih kedua-dua arah Baginda iaitu (adakala) ke bahagian kanannya dan (adakala) ke bahagian kirinya.” (Hadith Riwayat Imam al-Tirmizi)

** Paparan gambar ini adalah contoh kedudukan imam seusai salam menurut sunnah, iaitu imam mengalih kedudukan asalnya ke arah bahagian kirinya.
Tag Photo

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s