WAJIB BASUH KULIT TELUR?

SOALAN INBOX:

Salam ustaz. wajib ke basuh telur ayam sebelum goreng atau rebus?

JAWAPAN:

1) Telur ayam dikeluar melalui faraj ayam betina dan sepertimana yang diketahui, telur yang dikeluar kebiasaannya beserta lembapan yang terhasil dari faraj. Sebelum membincangan hukum basuh telur, elok diketahui hukum cecair yang terhasil dari lembapan faraj binatang di sisi para ulama.

2) Menurut pendapat muktamad di dalam mazhab Syafi’ie cecair lembapan yang terhasil dari faraj manusia dan binatang adalah suci bukan najis iaitu hukumnya sama seperti peluh. Pandangan ini merupakan pendapat majoriti di kalangan ulama(Rujuk: Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah). Perkara ini dinyatakan oleh Sheikhul Islam Zakaria al-Ansari di dalam “Asna al-Matalib”:

وكذا رطوبة فرج المرأة بل وغيرها من كل حيوان طاهر

Maksudnya: “Begitu juga lembapan dari faraj wanita, bahkan selain darinya termasuk semua binatang adalah suci”.

3) Apabila sesuatu yang terkena atau diseliputi lembapan faraj maka ia tidak wajib dibasuh kerana ia tidak diketogarikan sebagai najis, perkara ini dinyatakan Sheikh Zainuddin al-Malibari di dalam “Fathul Mu’in”:

ولا يجب غسل ذكر المجامع والبيض والولد

Maksudnya: “dan tidak wajib membasuh kemaluan orang yang berjimak, telur dan anak(bayi yang dilahirkan)”.

4) Meskipun lembapan itu beserta dengan cecair yang bernajis seperti air kencing dan mazi, namun ia termasuk perkara yang dimaafkan dan hukumnya masih tidak wajib membasuhnya. Hal ini ada dijelaskan di dalam kitab “I’anah al-Tolibin”:

أي من رطوبة الفرج, سواء كانت طاهرة أو نجسة, لأنها على الثاني يعفى عنها فلا تنجس ما ذكر

Maksudnya: “Iaitu (tidak wajib basuh) dari lembapan faraj, samaada ia suci atau pun najis, kerana yang kedua itu(najis) dimaafkan maka perkara yang disebut itu(kemaluan orang berjimak, telur dan bayi yang baru lahir) tidak dikira sebagai bernajis”.

5) Kesimpulannya, jika telur yang keluar dari faraj ayam maka ia tidak dikira sebagai telur yang diseliputi oleh najis, kerana ulama menyatakan lembapan dari faraj ayam tidak dikira sebagai najis. Jika ia bercampur dengan najis sekali pun namun ia dimaafkan kerana ia terlalu sedikit dan sukar untuk dielak. Oleh itu, telur ayam tidak diwajibkan basuh sebelum dimasak menurut fuqaha’.

6) Lagipun telur-telur yang dijual di kedai dan pasaraya pada zahirnya tidak kelihatan najis pada kulitnya, oleh itu selagi tiada bukti yang nyata maka kulit telur itu pada asasnya adalah suci tidak diseliputi najis.

7) Melainkan jika telur itu kelihatan jelas padanya najis ayam atau berbau najis maka ia digalakkan dibasuh terlebih dahulu lebih-lebih lagi sebelum merebus telur tersebut. Hukum menjadi wajib basuh jika diyakini najis pada kulit telur itu akan mengena isi telur itu.

8) Perlu difahami, hukum fiqh tidak boleh disamakan dengan perasaan peribadi. Ilmu fiqh hanya membincangkan tentang hukum syarak ia tidak melibatkan citarasa peribadi contoh perasaan geli dan tidak selera. Oleh itu tidak wajar seseorang itu mengeluarkan hukum wajib atau haram berdasarkan perasaan atau citarasa peribadi. Namun bersikap berhati-hati dalam hal ini adalah lebih baik dan terpuji.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s