CUAI KENCING BERDIRI

SOALAN INBOX:

Salam ustaz.
Saya nak bertanya tentang kencing berdiri. Saya pernah terbaca ada hadis yang sebut antara penyebab orang kena azab kubur ialah dia tak bersuci daripada hadas. Jadi ada orang kata antaranya jugak termasuk kencing berdiri sebab boleh terpercik dan sebagainya. (kalau saya tak salah faham maksudnya). Ikut yang saya faham, najis yang tak kelihatan dimaafkan, spt percikan air kencing.
Mohon penjelasan ustaz.
Terima kasih.

JAWAPAN:

1) Jika seseorang kencing berdiri dengan mengetahui bahawa najis itu akan menimpa seluarnya maka jelas hukumnya adalah haram menurut mazhab Syafi’ie. Hal ini dinyatakan oleh Imam Syahabuddin al-Ramli di dalam “Hasyiah al-Ramli al-Kabir ‘ala Asna al-Matolib”:

قوله “ولا يبول قائما” قال الأذرعي الظاهر التحريم إذا علم التلويث ولا ماء أو وجده ولكن ضاق وقت الصلاة أو لم يضق وقلنا يحرم التضمخ بالنجاسة عبثا .

Maksudnya: “Kata beliau: (.. dan tidak boleh kencing berdiri) al-Azra’ie berkata, ‘pengharaman(kencing berdiri) pada zahirnya jika seseorang itu mengetahui air kencing itu mengotori(pakaian) dan tiada air atau dia menjumpai air tetapi waktu solat yang singkat atau tidak singkat, dan kami berpendapat bahawa HARAM meletakkan(menyentuh) najis secara sia-sia.’”

2) Namun begitu, hakikat hukum lelaki kencing berdiri tidak lah sampai jatuh kepada hukum haram selagimana berjaga-jaga dari terkena najis pada pakaian atau anggota badan. Jika terkena sedikit percikan air kencing pada pakaian, maka ia adalah dimaafkan menurut para ulama.

3) Manakala perbahasan mengenai hukum kencing berdiri bagi lelaki yang berdasarkan dalil dan pandangan ulama mazhab, boleh rujuk artikel lama saya di bawah ini:

https://aburuqayya.wordpress.com/2015/04/01/hukum-kencing-berdiri-kaum-lelaki/

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s