MASUK SYURGA DENGAN RAHMAT ALLAH

Suatu hari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabat baginda, “Tidak ada seorang pun di antara kamu yang akan masuk syurga dengan amalannya.”

Perkara ini mengejutkan para sahabat lalu mereka bertanya kepada baginda, “Meskipun engkau, wahai Rasulullah?”.

Lalu Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Begitu juga aku, melainkan Allah Ta’ala menempatkan rahmatnya pada diri-ku”.

——————————-

Hadith ini menunjukkan bahawa amal-amal ibadah kita di dunia ini sebenarnya tidak melayakkan kita masuk ke syurga Allah Ta’ala. Bayangkan syurga yang maha tinggi nikmatnya akan dibayar dengan amalan-amalan kita yang tidak seberapa kualitinya jika diamati.

Ambil contoh ibadah solat kita sehari semalam, bagaimana kualitinya? bagaimana khusyuknya? adakah kita mengerjakan solat dengan perasaan ingin cepat habis atau ingin terus bersama Allah di dalam solat? ketika solat di manakah melayangnya pemikiran kita ketika itu? adakah ibadah kita sebegini ini layak untuk membeli syurga Allah?

Ini lah dia sifat rahmat Allah yang maha luas, ibadah dan perhambaan kita yang tidak seberapa ini tetap dibalas oleh Allah tanpa rasa berkira. Jangan sesekali kita berfikir amalan ibadah kita sudah cukup bagus untuk dibalas nikmat oleh Allah, bahkan dambakan lah rahmat Allah yang tiada tepian.

Walau bagaimana pun, rahmat Allah tidak akan bertandang kepada kita melainkan dengan amal-amal soleh berserta meninggalkan larangannya. Ini kerana Allah ta’ala maha menghargai segala amalan hambanya yang ikhlas walaupun sedikit.

——————————–

Amalan kita berbanding syurga Allah, seumpama seseorang yang ingin membeli kereta ferrari di pusat jualan kereta mewah, namun pembeli ini hanya memiliki wang setara harga sebuah MyVi atau kurang dari itu. Berdasarkan hukum manusia, hasrat lelaki ini tidak akan dilayan oleh tuan punya kedai, berkemungkinan akan dihalau dari pusat jualan itu.

Namun kasih sayang dan simpati Allah maha tinggi, tidak seperti tuan punya ferrari yang tidak akan melayan sesiapa melainkan yang berkemampuan. Dengan amalan-amalan hambanya yang tidak seberapa, Allah tetap menghargainya dan membayar perit jerih hambanya yang beribadah dengan harga yang maha tinggi iaitu syurga.

Ya Allah… Rahmati lah kami. Sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang.

Ayuh beramal untuk mendapatkan rahmat Allah.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s