SOLAT, BAYI & LAMPIN

SOALAN INBOX:

Assalamu’alaikum ustaz, kadang-kadang bila saya solat tiba-tiba anak saya umur setahun begayut di kaki saya. Anak saya pakai pampers kemungkinan bernajis, adakah solat saya sebegini dikira menanggung najis? batal atau tidak?

JAWAPAN:

1) Pada asasnya, apabila seseorang mengerjakan solat dalam keadaan menanggung najis atau benda yang bernajis maka solatnya terbatal, perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi -Rahimahullah- di dalam “Minhaj al-Tolibin”:

ولا تصح صلاة ملاق بعض لباسه نجاسة, وإن لم يتحرك بحركته, ولا قابض طرف شيء على نجس إن تحرك, وكذا إن لم يتحرك في الأصح.

Maksudnya: Tidak sah solat seseorang yang mana sebahagian pakaiannya menyentuh najis, walaupun najis itu tidak bergerak bersama gerakannya(orang yang solat) . Tidak lah seseorang itu memegang sesuatu sudut berada di atas najis jika ia bergerak, begitu juga sesuatu yang tidak bergerak menurut pendapat yang paling sahih.

2) Berkenaan seseorang yang bersolat sedang mendukung bayi atau menanggungnya, al-Allamah al-Sayyid al-Jurdani ada memberi komentar tentang perkara ini di dalam karangannya “Fathul ‘Allam”:

ولو تعلق به وهو يصلي صبي, أو هرة لم يعلم نجاسة منفذهما لا تبطل صلاته, لأن هذا مما تعارض فيه الأصل والغالب, إذ الأصل الطهارة, والغالب النجاسة فيقدم الأصل, فإن علم نجاسة منفذهما بطلت بتعلقهما.

Maksudnya: Jika seorang bayi bergantung(bergayut) pada seseorang yang sedang solat atau kucing, sedangkan dia tidak mengetahui kemaluan kedua-duanya bernajis maka solatnya tidak batal. Ini kerana ada pertembungan antara hukum asal dan hukum kebiasaan, di mana ketika itu hukum asalnya adalah suci. Meskipun menurut kebiasaannya bernajis, namun hukum asal mesti didahulukan. Jika seseorang itu mengetahui adanya najis pada kemaluannya kedua-duanya maka batal solat disebabkan pergantungan mereka.

3) Berbalik kepada masalah di atas, jika puan mendukung anak puan atau anak itu bergayut di kaki puan ketika sedang solat, ia merujuk kepada beberapa situasi. (Pertama): jika keadaan itu tiada bukti atau tanda yang menunjukkan anak puan itu ada najis di dalam lampinnya seperti bau atau warna najis, maka puan tidak dikira menanggung najis dan solat masih dikira sah. (Kedua): jika ada tanda atau petunjuk yang jelas bahawa dalam lampin ada najis, maka puan dikira menanggung najis.

4) Namun begitu, jika puan mendapati anak puan menanggung najis ketika solat, maka puan wajib bertindak secepat mungkin untuk menjauhkan diri puan dari anak puan dengan meletak anak itu di sisi puan dengan cara yang cermat dan selamat. Jika puan tidak bertindak secepat mungkin iaitu membiar diri puan menanggung sesuatu yang bernajis maka solat puan dikira batal.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s