TAZKIRAH JUMAAT

SOALAN INBOX

Salam Ustaz… macamana nak jawab orang yang tak setuju tazkirah sebelum solat jumaat? dia kata mengganggu orang yang nak beribadat dan baca alquran.

JAWAPAN:

1) Tazkirah secara umumnya merupakan majlis ilmu yang penuh dengan berkat dan rahmat Allah Ta’ala. Banyak hadith-hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan majlis ilmu dan ia juga diketogarikan sebagai ibadah. Majlis ilmu itu sendiri lebih afdal dari ibadah-ibadah sunat seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam Mukadimah al-Majmu’:

والحاصل أنهم متفقون على أن الاشتغال بالعلم أفضل من الاشتغالات بنوافل الصوم، والصلاة، والتسبيح، ونحو ذلك من نوافل عبادات البدن

Maksudnya: “Kesimpulannya mereka(para ulama) bersepakat bahawa menyibukkan diri dengan ilmu adalah lebih afdal dari menyibukkan diri dengan puasa sunat, solat sunat, bertasbih dan seumpamanya yang terdiri dari ibadah-ibadah fizikal yang sunat”.

2) Amalan tazkirah sebelum khutbah Jumaat diamalkan oleh seorang sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu Saidina Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu di mana beliau menyampaikan hadith-hadith baginda di dalam masjid sehingga lah imam keluar untuk menyampaikan khutbah (rujuk al-Mustadrak dan Musannaf Ibn Abi Syaibah).

3) Manakala dakwaan tazkirah mengganggu orang lain, suka saya merujuk kepada salah satu fatwa Imam Nawawi di dalam kitab “Fatawa al-Nawawi”. Imam Nawawi pernah ditanya satu soalan yang berbunyi:

جماعة يقرؤون القرآن في الجامع يوم الجمعة جهرا, وينتفع بسماع قراءتهم ناس, ويشوشون على بعض الناس, هل قراءتهم أفضل أم تركها؟

Maksudnya: Terdapat satu jemaah sedang membaca al-Quran dengan kuat di dalam Masjid pada hari Jumaat, sebahagian manusia mendapat manfaat dengan mendengar bacaan itu, sedangkan sebahagian yang lain rasa terganggu. Adakah lebih baik mereka membaca atau meninggalkannya (bacaan kuat)?

Imam Nawawi Rahimahullah menjawab:

إن كانت المصلحة فيها, وانتفاع الناس بها أكثر من المفسدة المذكورة فالقراءة أفضل, وإن كانت المفسدة أكثر كرهت القراءة.

Maksudnya: “Jika ada maslahat(kebaikan) padanya(bacaan al-Quran dengan kuat) dan orang ramai lebih banyak mendapat manfaat darinya, maka membacanya adalah lebih afdal. Jika keburukan lebih banyak, maka hukum bacaan (dengan kuat) adalah makruh.”

4) Berdasarkan fatwa Imam Nawawi di atas, boleh kita buat perbandingan bahawa tazkirah sebelum khutbah Jumaat lebih banyak kebaikannya, di mana ia banyak memberi manfaat orang ramai yang sedang menunggu khutbah dan solat Jumaat bermula. Tazkirah bukan sahaja memberi ganjaran pahala kepada mereka yang mendengar malah memberi pengisian ilmu yang berguna. Manakala ibadah sunat yang lain hanya menghasilkan ganjaran pahala yang bukan dalam bentuk maklumat ilmu pengetahuan.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s