PEHA TERDEDAH KETIKA SUJUD

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz. maaf bertanya. macamana kalau lelaki yg solat pakai kain, masa dia sujud orang di belakang boleh nampak peha? dikira terdedah aurat dan sah ke solat?

JAWAPAN:

1) Antara syarat sah solat ialah menutup aurat, iaitu bagi lelaki sekurang-kurangnya antara pusat dan lutut. Manakala wanita wajib menutup semua bahagian tubuh badan kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan.

2) Imam Nawawi -rahimahullah- telah meletakkan piawaian sudut manakah yang wajib ditutupi oleh setiap muslim ketika solat, seperti kata beliau di dalam “Minhaj al-Tolibin”:

ويجب ستر أعلاه وجوانبه لا أسفله

Maksudnya: “Wajib menutup bahagian atas dan bahagian-bahagian tepi atau sisi, tidak wajib menutupi bahagian bawah”.

3) Merujuk soalan soalan di atas, berdasarkan keterangan Imam Nawawi di atas menunjukkan bahawa bahagian bawah tidak wajib ditutupi. Oleh itu jika kelihatan aurat ketika sujud maka itu dimaafkan kerana ia sukar dielakkan, maka solat sebegini walaupun kelihatan auratnya ketika sujud, solatnya tetap sah.

4) Imam Ibn Hajar al-Haitami menjelaskan lagi kata-kata Imam Nawawi di atas dalam kitab “Tuhfah al-Muhtaj” bahawa apabila seseorang sujud lalu ternampak aurat pehanya maka situasi begini tidak memudaratkan solat iaitu tidak membatalkannya, seperti kata beliau:

فلو صَلَّى عَلَى عَالٍ أَوْ سَجَدَ مَثَلًا لَمْ تَضُرَّ رُؤْيَةُ عَوْرَتِهِ مِنْ ذَيْلِهِ

Maksudnya: “Jika seseorang solat ditempat yang tinggi atau sujud contohnya, maka tidak memudaratkan(membatalkan solat) bila terlihat aurat dari hujungnya(pakaian)”.

5) Perkara ini dikuatkan lagi oleh Imam al-Damiri di dalam karangannya “al-Najm al-Wahhaj”:

فلو وقف على طرف سطح وكان من تحته يرى عورته فالأصح صحة صلاته

Maksudnya: “Maka jikakalau seseorang itu berdiri di penjuru tempat yang tinggi dan orang yang berada di bawah melihat auratnya, maka menurut pendapat yang paling sahih solatnya sah”.

6) Kesimpulannya, orang lelaki yang memakai kain ketika sujud lalu terlihat sedikit bahagian pehanya dari belakang, maka ia tidak dikira membatalkan aurat. Ini kerana ia adalah bahagian yang sukar untuk dielakkan.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s