ZAKAT EMAS CAGARAN

SOALAN INBOX:

Assalamu’alaikum ustaz… emas yang dicagarkan pada skim ar rahnu wajib dikenakan zakat?

JAWAPAN:

1) Emas adalah salah satu aset yang wajib dikeluarkan zakat melainkan emas perhiasaan(selagi tidak mencapai berat yang tertentu). Oleh itu emas yang telah mencapai nisab dan haulnya, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

2) Antara syarat lain yang diwajibkan berzakat, emas yang disimpan itu merupakan pemilikan penuh. Jadi emas yang dicagarkan masih dikira sebagai hak milik penuh kepada tuannya dan jika mencapai nisab dan haul, maka tuannya wajib mengeluarkan zakat.

3) Nisab bagi emas sepertimana yang disebut oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sebanyak 20 mithqal iaitu 20 dinar. Menurut kiraan pada zaman moden ialah 85 gram iaitu kadar berat yang mencapai nisab.

4) Emas yang dicagar perlu dikenakan zakat setelah menolak nilai pinjaman dan kadar upah simpan kepada Ar Rahnu. Setelah ditolak nilai yang ada masih mencapai kadar nisab iaitu 85 gram, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada nilai tersebut.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s