KELUAR MANI MELALUI SUNTIKAN

SOALAN:.

Ada doktor bertanya dengan ana, berkaitan soalan dengan air mani. Hukum di ambil air mani melalui suntikan, bukan dari jalan biasa. Yang kedua, hukum bilamana berinjakulasi tetapi tidak mengeluarkan pancutan air mani, tetapi dikesan ada air mani melalui air kencing.
JAWAPAN:

1) Secara umum, antara perkara yang mewajibkan mandi apabila keluar air mani. Namun ulama mazhab Syafi’ie tidak mensyaratkan keluar air mani mesti dari kemaluan atau melalui jalan kebiasaan, sepertimana yang dinyatakan di dalam kitab “Kifayah al-Akhyar”:

فمتى خرج المني وجب الغسل سواء خرج من المخرج المعتاد أو من ثقبه في الصلب أو الخصية على المذهب والأصل في ذلك قوله صلى الله عليه وسلم (إنما الماء من الماء).

Maksudnya: Apabila keluar air mani, maka wajib mandi sama ada keluar dari tempat keluar yang biasa(kemaluan), atau dari lubang pada tulang sulbi, atau dari testis menurut pendapat yang muktamad. Asas tentang perkara ini berdasarkan hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya air itu dari air” (iaitu wajib mandi apabila keluar air mani).

.
2) Para ulama mengambil pengajaran dari hadith di atas yang menyebut secara umum bahawa keluar air mani tanpa menghadkan keluarnya melalui kemaluan qubul sahaja. Oleh itu, jika air mani keluar bukan melalui kemaluan sekali pun, maka wajib mandi, seperti pengambilan air mani melalui suntikan.

3) Ulama juga tidak mensyaratkan wajib mandi melalui keluar air mani secara injakulasi. Jika terbukti air mani keluar dari kemaluan tanpa rasa klimaks atau injakulasi sekali pun maka hukumnya tetap wajib mandi berdasarkan hadith di atas. Oleh itu, jika air kencing yang keluar bercampur dengan air mani, hukumnya wajib mandi junub.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s