JENIS-JENIS TALAK & IDDAH

SOALAN INBOX

Salam ustaz. terima kasih kerana menerangkan jenis-jenis talak dalam islam semalam. boleh tak ustaz terangkan pulak jenis2 iddah wanita yang bercerai saya selalu keliru bab iddah ni?

JAWAPAN:

Secara ringkas iddah terbahagi kepada 6 jenis, 4 untuk wanita yang diceraikan suami dan 2 untuk wanita yang kematian suami

1) TEMPOH IDDAH WANITA YANG DICERAIKAN:

i- 3 KALI SUCI DARI HAID: bagi wanita yang diceraikan oleh suami dan pernah disetubuhi oleh suaminya tetapi tidak mengandung. (Surah al-Baqarah, ayat 228)

ii- 3 BULAN: bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya dan wanita itu telah putus haid(menopaus) atau sudah tu atau wanita yang tiada haid. (Surah al-Talaq, ayat 4)

iii- SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK: bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya dalam keadaan mengandung. (Surah al-Talaq, ayat 4)

iv- TIADA IDDAH: bagi wanita yang diceraikan oleh suaminya tetapi belum pernah disetubuhi oleh suaminya. (Surah al-Ahzab, ayat 49)

2) TEMPOH IDDAH WANITA YANG KEMATIAN SUAMI:

i- 4 BULAN 10 HARI: iaitu bagi wanita yang kematian suami dan dia tidak mengandung. (Surah al-Baqarah, ayat 234)

ii- SEHINGGA MELAHIRKAN ANAK: bagi wanita yang kematian suami ketika sedang mengandung. (Surah al-Talaq, ayat 4) (sama seperti bahagian 1, no. 3).

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Advertisements

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

2 Responses to JENIS-JENIS TALAK & IDDAH

  1. abd rasyid bin abd wahid wahid says:

    as salam ustaz, ingin sy bertanyakan perihal dalam keluarga yg br sahaja terjadi, ayah sy pernah melafazkan talak 3 ketika baru bernikah dgn ibu pada 33 tahun yg lalu di luar rumah tanpa sesiapa yg menyedari, apabila telah bertenang beliau merujuk kepda ibu mertua dan ibu mertua mengatakan tidak jatuh talak dan ayah dan ibu hidup sebagai suami isteri dan membesarkan kami 8beradik, isu ini timbul pada bulan lepas ketika ayah menonton ceramah UAI di you tube dan ayah telah merujuk ke mahkhamah syariah dan pada siang td mahkamah memutuskan bahawa talak 3 telah jatuh pada 33 tahun yg lepas, sy mohon pandangan ustaz tentang perkara ini, x sanggup sy melihat ibu sy bersedih dan menangis x berhenti… apa pula status kami sebagai anak.. terima kasih ustaz atas respond.. as salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s