SOLAT DUDUK WALAUPUN MAMPU BERJALAN

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz. maaf bertanya… ayah saya sememangnya solat dalam keadaan duduk sebab masalah sakit lutut. Tapi baru-baru ini ada orang cakap ayah saya masih boleh berjalan, maknanya ayah saya masih mampu berdiri tak boleh solat duduk. Ini buat ayah saya confuse, mohon jasa baik ustaz untuk jelaskan kekeliruan ini.

JAWAPAN:

1) Para ulama bersepakat bahawa sesiapa yang tidak mampu berdiri(qiyam) maka dibenarkan solat fardu di dalam keadaan duduk. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam “Minhaj al-Tolibin”:

ولو عجز عن القيام قعد كيف شاء, وافتراشه أفضل من تربعه في الأظهر

Maknanya: “Jika seseorang tidak mampu untuk berdiri maka boleh duduk mengikut kehendaknya, duduk iftirash(duduk tahiyyat awal) lebih afdal dari duduk bersila menurut pendapat yang paling zahir”.

2) Dalam mazhab Syafi’ie sendiri terdapat perbezaan pendapat di kalangan para ulama dalam menentukan piawaian lemah berdiri, atau piawaian menentukan jenis sakit bagaimana yang dibenarkan solat duduk. Dalam kitab “al-Taqrirat al-Sadidah” menjelaskan perbezaan pendapat di antara Imam Syamsuddin al-Ramli dan Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam menentukan piawaian tersebut.

3) Menurut Imam Ibn Hajar, lemah berdiri di sini bermaksud jika seseorang itu solat berdiri akan akan menyebabkan kepayahan yang sangat membebankan seperti bertambah sakit, atau lambat sembuh, atau anggota semakin cacat.

4) Manakala Imam al-Ramli pula berpendapat, seseorang itu boleh solat secara duduk jika dia berdiri menyebabkan sakit yang boleh mengganggu khusyuk di dalam solat. Ternyata pendapat Imam Ramli dalam isu ini lebih ringan berbanding pendapat Imam Ibn Hajar.

5) Kesimpulan, berdasarkan fatwa kedua-dua ulama tersebut, kelayakan untuk solat duduk bukan lah semestinya seseorang itu tidak mampu berjalan. Ini kerana kemampuan berjalan sama sekali tidak membatalkan kelayakan seseorang itu mengerjakan solat fardu secara duduk. Asalkan seseorang itu kakinya sakit sehingga menyukarkan solat ketika berdiri apatah lagi mengganggu khusyuknya, maka dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s