TIRU NABI SEBAB CINTA

“Tak payah lah nak agungkan sangat jubah tu? tak perlu nak pakai sangat serban? lagipun Abu Jahal dan Abu Lahab pun pakai jubah dan serban”.

Isu ini dah lama sangat bermain di mulut-mulut mereka cuba meneroka ilmu agama, tapi cara olahan ilmu menampakkan kekurangan sendiri. Akibat kurang membaca dan berguru menyebabkan banyak sekali kenyataan yang tidak sepatutnya keluar melalui lidah mereka.

——————————————–

Para sahabat generasi yang terbaik hasil didikan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tiada siapa dapat menandingi perasaan cinta dan kasih sayang mereka terhadap Baginda. Bayangkan setiap tindak tanduk Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam cuba ditiru bulat-bulat oleh para sahabat, antaranya:

1) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam memakai serban berwarna hitam, lantas Ibn Umar suka memakai serban berwarna hitam kerana ingin meniru gaya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Malah ramai lagi di kalangan sahabat melakukan perkara yang sama, antaranya: Saidina Anas bin Malik, Ammar bin Yasir, Mu’awiyah bin Abu Sufyan, al-Bara’ bin ‘Azib, Abdul Rahman bin ‘Auf, Wathilah bin al-Asqa’ -Radiyallahu ‘anhum ajma’in- dan ramai lagi.

2) Antara cara berpakaian Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda tidak membutangkan baju di bahagian leher. Cara ini ditiru oleh sahabat-sahabat baginda, antaranya Ibn Umar dan Mu’awiyah bin Qurrah -radiyallahu ‘anhuma-.

3) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam suka makan labu. Oleh kerana itu antara makanan kegemaran baginda, maka Saidina Anas bin Malik juga turut suka makan labu hanya kerana itu adalah kegemaran Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

4) Saidina Samurah bin Jundub -radiyallahu ‘anhu- menempa pedang peribadi beliau mengikut bentuk pedang Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, iaitu bentuk pedang Bani Hanafiyyah.

5) Saidina Ibn Abbas -radiyallahu ‘anhu- memakai pakaian(Hullah) dari kain hibarah iaitu antara pakaian kesukaan Rasulullah -Sallallahu ‘alaihi wa sallam-.

6) Saidina Ali -radiyallahu ‘anhu- ketika di Kufah beliau minum air lebihan wudhu’ sambil berdiri kerana baginda minum air lebihan wudhu’ sambil berdiri selepas berwudhu’.

7) Saidina Abu Bakar dan Umar -radiyallahu ‘anhuma- meniru bentuk capal Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang mempunyai dua tali penambat jari kaki.

8) Saidina Ibn Umar -radiyallahu ‘anhu- suka memakai capal sibtiyyah kerana beliau melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam memakainya.

9) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam mencelup uban baginda dengan warna kuning(wars dan za’faran), lalu Saidina Ibn Umar mengatakan beliau suka mencelup ubannya dengan warna kuning.

10) Saidina Husein, Ibn ‘Abbas dan Ibn Ja’far -radiyallahu ‘anhum- bertemu dengan Sayyidah Salma -radiyallahu ‘anha- dan meminta agar beliau memasakkan untuk mereka makanan yang digemari oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

————————————

Sepuluh fakta ini sudah mencukupi untuk kita amati bahawa para sahabat amat gemar meniru gaya hidup Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam termasuk lah cara pemakaian baginda. Sebenarnya ada banyak lagi contoh yang boleh ditengahkan sebagai pedoman.

Gaya hidup ada pilihan masing-masing, setiap individu berhak untuk memilih samaada untuk memakai jubah dan serban atau tidak. Pendek kata, sesiapa yang tidak mahu memakainya, tidak menjadi kesalahan menurut adat mahupun syarak. Namun mengeluarkan kenyataan yang sinikal kepada pemakainya adalah satu tindakan yang tidak wajar.

Mereka yang gemar memakai serban dan jubah, sudah tentu tidak berniat untuk meniru Abu Lahab dan Abu Jahal, malah mereka seperti para sahabat yang suka meniru cara Rasululullah sebagai tanda cinta mereka terhadap baginda.

Secara logiknya, adakah tindakan para sahabat meniru Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam merupakan perkara yang sia-sia di sisi Allah ta’ala?

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi, Luahan Hati, Membela Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s