ADAKAH CUCU TIRI MAHRAM?

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz, boleh saya tanya tentang mahram? Pakcik saya baru menerima menantu lelaki dan menantu tu dulunya duda ada sorang anak perempuan kemudian bernikah dengan sepupunya saya(anak permpuan pakcik saya). Adakah anak perempuan menantu dia tu dikira mahram dengan pakcik saya?

JAWAPAN:

1) Merujuk kepada persoalan di atas, anak perempuan kepada menantu lelaki itu bukan dikira cucu nasab kepada lelaki(bapa mentua), ia hanya dikira sebagai cucu tiri. Sedangkan menurut syarak cucu hakiki sahaja yang dikira mempunyai hubungan mahram muabbad(iaitu tidak boleh bernikah selama-lamanya).

2) Dalam kitab-kitab fiqh terutamanya mazhab Syafi’ie dengan jelas menyatakan bahasa cucu tiri tidak dikira mahram kepada seseorang. Ini dinyatakan Oleh Imam al-Damiri di dalam karanganya “al-Najm al-Wahhaj fi Syarh al-Minhaj”:

لا تحرم على الرجل بنت زوج الأم ولا أمه، ولا بنت زوج البنت ولا أمه، ولا أم زوجة الأب ولا بنتها، ولا أم زوجة الابن ولا بنتها، ولا زوجة الربيب ولا زوجة الراب وهو زوج الأم.

Maksudnya: Seorang lelaki tidak bermahram dengan ‘anak kepada suami si ibu’ dan ‘ibunya’. Begitu juga tidak pada ‘ANAK PEREMPUAN SI MENANTU LELAKI’ dan ibunya. Begitu juga tidak pada ‘ibu kepada isteri si bapa’ dan ‘anak perempuannya’. Tidak pada ‘ibu kepada isteri si anak’ dan anak ‘perempuannya’. Tidak pada ‘isteri kepada anak tiri lelaki’ dan juga tidak pada ‘isteri kepada suami si ibu’.

3) Dalam situasi ini, anak perempuan kepada menantu lelaki diketogarikan sebagai perempuan ajnabiah(asing bukan mahram). Maka wajib menjaga hukum-hukum syarak di antara mereka berdua, seperti menutup aurat dan tidak boleh bersalam salaman.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s