LANGKAH DI DALAM SOLAT

SOALAN INBOX:

Salam ustaz… maaf saya nak bertanya pasal pergerakan dalam solat terutama melangkah ketika solat. Mohon ustaz tolong check ceramah ustaz azhar idrus dia terangkan pasal langkah dalam solat. Setahu saya masa belajar dulu apa yg ustaz azhar cakapkan tu dah kira pergerakan 3 kali berturut-turut. Tp dia kata baru dikira dua langkah. Tolong jelaskan ustaz… saya benar2 confius.

https://www.youtube.com/watch?v=26R-2GgktyA

JAWAPAN:

1) Seperti yang sedia maklum, menurut mazhab Syafi’ie pergerakan yang banyak akan membatalkan solat. Apa yang dimaksudkan dengan pergerakkan yang banyak ialah pergerakkan anggota berat sebanyak 3 kali berturut-turut atau lebih.

2) Merujuk kepada pergerakkan yang melibatkan langkah kaki, ulama mazhab Syafi’ie telah membahaskan perkara ini dengan terperinci, apakah bentuk langkah yang dikira sebagai satu dan bagaimana kiraan langkah yang kedua dan seterusnya? Menurut catatan di dalam kitab “I’anah al-Tolibin”:

والحاصل أن الذي اعتمده ابن حجر في التحفة، والشهاب الرملي وابنه والخطيب وغيرهم، أن نقل الرجل الأخرى خطوة ثانية، سواء نقلت إلى محاذاة الأولى أو إلى أبعد منها أو أقرب.

Maksudnya: Kesimpulan sesungguhnya yang muktamad menurut Ibn Hajar di dalam al-Tuhfah, as-Syahab al-Ramli, anaknya(Imam Ramli), al-Khatib dan selain dari mereka bahawa memindahkan kaki yang lain dikira sebagai langkah yang kedua, samaada dipindahkan kepada tempat yang sejajar dengan kaki yang pertama atau lebih jauh atau lebih dekat (kedudukannya).

3) Kesimpulan dari kenyataan di atas, setiap langkah satu kaki dikira sebagai satu pergerakkan dan jika diikuti kaki yang lain maka ia dikira sebagai pergerakkan yang kedua samaada gerakan kaki kedua itu diletakkan sejajar dengan kaki pertama atau pun tidak. Namun jika digerakkan kaki sekali lagi selepas yang kedua secara berturut-turut, maka batal solat kerana ia dikira menggerakkan anggota badan yang berat sebanyak 3 kali berturut-turut.

4) Menurut kenyataan al-Fadhil al-Ustaz Azhar Idrus di dalam video di atas sememangnya ada asas di dalam sebahagian kitab-kitab fiqh syafi’ie seperti yang dinyatakan juga di dalam kitab “I’anah al-Tolibin”:

والذي اعتمده ابن حجر في شرحي الإرشاد وشرح بافضل أن نقل الرجل الأخرى إلى محاذاة الأولى مع التوالي ليس خطوة ثانية، بل هو مع النقل الأول خطوة واحدة، وإن لم يكن إلى محاذاة الأول أو كان ولكن ليس على التوالي فخطوة ثانية.

Maksudnya: Apa yang muktamad menurut Ibn Hajar di dalam syarah al-Irsyad dan syarah Ba Fadl bahawa memindahkan kaki yang lain ke tempat yang sejajar dengan kaki yang pertama secara berturut-turut tidak dikira sebagai langkah kedua, bahkan ia dikira satu langkah bersamaan dengan pemindahan yang pertama. Jika tidak sejajar dengan yang pertama atau sejajar tetapi bukan secara berturut-turut maka ia dikira sebagai langkah kedua.

5) Kesimpulan dari kenyataan di atas, selepas gerakan kaki pertama lalu kaki kedua digerakkan dan diletakkan sejajar dengan kaki pertama maka ia dikira sebagai satu langkah atau gerakkan walaupun secara berturut-turut. Namun jika gerakan kaki kedua itu diletakkan tidak sejajar dengan kaki pertama maka ia dikira sebagai gerakan kedua.

6) Oleh itu apa yang dinyatakan oleh UAI, pergerakan itu baru dikira sebanyak dua langkah atau pergerakan, ini merupakan pendapat sebahagian daripada ulama mazhab Syafi’ie. Berkemungkinan pandangan ini ada dipegang oleh mana-mana alim ulama nusantara di dalam kitab-kitab turath Melayu lama(saya tiada kepastian sebab kurang arif dengan kitab-kitab pondok).

7) Namun pendapat yang lebih sahih adalah pendapat yang pertama(fakta no. 2 & 3) sepertimana yang dinyatakan di dalam kitab “Busyra al-Karim”, begitu juga dalam kitab “Taqrirat Sadidah” menyatakan pendapat pertama adalah pendapat yang muktamad. Pendapat ini juga merupakan pendapat yang dipegang oleh kebanyakkan ulama mutakhir mazhab Syafi’ie. Walaubagaimana pun, untuk lebih berhati-hati saya menyarankan agar berpegang kepada pendapat yang pertama kerana ia lebih muktamad di dalam mazhab.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s