PENGURUSAN ANGGOTA BADAN YANG TERPISAH

SOALAN WHATSAPP

Salam ust.
Nak tanye.
1. Kaki yg telah dipotong akibat kencing manis bgmn cara menanannye.

2. Jika pemilik kaki tersebut meninggal dunia 2/3 hari selepas itu bgmn pula dgn kaki yg dipotong yg telah ditanam.

JAWAPAN:

1) Meurut mazhab Syafi’ie, mana-mana anggota badan yang terputus dijumpai setelah kematian pemiliknya dan pengkebumiannya, maka ia wajib dimandikan dan disolatkan, perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmu’:

إذا وجد بعض من ﺗﻴﻘﻨﺎ ﻣﻮﺗﻪ ﻏﺴﻞ ﻭﺻﻠﻲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺑﻪ ﻗﺎﻝ ﺃﺣﻤﺪ ﻭﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮ ﺣﻨﻴﻔﺔ ﺭﺣﻤﻪ اﻟﻠﻪ ﻻ ﻳﺼﻠﻰ ﻋﻠﻴﻪ ﺇﻻ ﺇﺫا ﻭﺟﺪ ﺃﻛﺜﺮ ﻣﻦ ﻧﺼﻔﻪ ﻭﻋﻨﺪﻧﺎ ﻻ ﻓﺮﻕ ﺑﻴﻦ اﻟﻘﻠﻴﻞ ﻭاﻟﻜﺜﻴﺮ ﻗﺎﻝ ﺃﺻﺤﺎﺑﻨﺎ ﺭﺣﻤﻬﻢ اﻟﻠﻪ ﻭﺇﻧﻤﺎ ﻧﺼﻠﻲ ﻋﻠﻴﻪ ﺇﺫا ﺗﻴﻘﻨﺎ ﻣﻮﺗﻪ

Maksudnya: “Jika ditemui sebahagian anggota milik orang yang kita yakini telah mati maka ia mesti dimandikan dan disolatkan, ini (juga) pendapat Ahmad(hanbali). Manakala Abu Hanifah(Hanafi) berpendapat bahawa tidak perlu disolatkan melainkan jika ditemui lebih dari separuh (tubuh). Menurut kami(mazhab Syafi’ie), tiada beza antara sedikit atau banyak iaitu menurut ulama-ulama kami -rahimahumullah- bahawa kita perlu solat ke atasnya(anggota yang terpisah dari mayat) jika kita yakini kematian tuannya.

2) Jika mana-mana anggota yang terpisah ketika pemiliknya masih hidup, maka ia wajib ditanam sahaja namun tidak wajib disolatkan. Ini dinyatakan oleh Imam Nawawi juga:

ﺇﺫا ﻗﻄﻊ ﻋﻀﻮ ﻣﻦ ﺣﻲ ﻛﻴﺪ ﺳﺎﺭﻕ ﻭﺟﺎﻥ ﻭﻏﻴﺮ ﺫﻟﻚ ﻓﻼ ﻳﺼﻠﻰ ﻋﻠﻴﻪ

Maksudnya: “Jika satu anggota dipotong semasa hidup seperti tangan si pencuri, penjenayah dan selain itu, maka ia tidak disolatkan.”

3) Jika seseorang itu menemui mana-mana anggota yang ditemui tidak diketahui samaada pemiliknya masih hidup atau tidak, maka hukumnya juga tidak wajib disolatkan, seperti yang difatwakan oleh Imam Nawawi:

ﻭﻛﺬا ﻟﻮ ﺷﻜﻜﻨﺎ ﻓﻲ اﻟﻌﻀﻮ ﻫﻞ ﻫﻮ ﻣﻨﻔﺼﻞ ﻣﻦ ﺣﻲ ﺃﻭ ﻣﻴﺖ ﻟﻢ ﻧﺼﻞ ﻋﻠﻴﻪ ﻫﺬا ﻫﻮ اﻟﻤﺬﻫﺐ اﻟﺼﺤﻴﺢ

Maksudnya: “Begitu juga jika kita syak pada sesuatu anggota adakah ia terpisah dari orang yang hidup dan mati? Maka ia tidak disolatkan dan ini adalah pendapat yang muktamad.”

4) Merujuk kepada soalan pertama diatas, anggota yang yang terputus itu tidak diwajibkan solat jenazah begitu juga mandi pada anggota itu, namun disunatkan diurus dengan baik iaitu dibasuh dan dan dibungkus dengan rapi, kemudian ditanam pada kadar yang dalam agar ia tidak dapat dikesan oleh binatang liar.

5) Merujuk pada soalan kedua, anggota yang telah tertanam itu tidak perlu dikeluarkan kembali untuk urusan jenazah kerana anggota itu terpisah semenjak pemiliknya masih lagi hidup.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s