SOLAT ZOHOR SEBELUM SOLAT JUMAAT

SOALAN INBOX:

Assalamu’alaikum Ust. Maf mau bertanya lagi soalan Tentang Sholat Jum’at. Kalau lelakikan Sholat berjamaah di masjid, dan bagaimane pule mengenai sholat dzuhur wanita pade hari Jum’at, apekah sholat dzuhurnye selepas Sholat Jum’at atau boleh Sholat setelah Adzan…? sebab ade yang kate sholat dzuhur selepas jum’at untuk perempuan. harap Ust Paham Soalan Saye.. Terime kasih Ust Sebelumnye..
.

JAWAPAN:

1) Pada asasnya solat wajib dilaksanakan pada waktu yang telah ditetapkan. Waktu zohor bermula masuk apabila matahari tergelincir di bahagian barat, maka dari situ bermula solat zohor diwajibkan. Sehingga lah bayang-bayang menyamai panjangnya objek dan ini bermakna solat zohor sudah tamat.

2) Manakala bagi sesiapa yang diwajibkan solat Jumaat, maka seseorang itu tidak boleh mengerjakan solat Jumaat sehingga ia didirikan bersama-sama imam solat di sesuatu tempat.

3) Antara golongan-golongan yang tidak diwajibkan iaitu diuzurkan dari solat Jumaat ialah wanita, kanak-kanak lelaki, orang sakit dan musafir. Meskipun mereka ini tidak diwajibkan solat Jumaat, namun mereka tetap diwajibkan solat Zohor. Jadi golongan ini diharuskan solat Zohor setelah masuk waktunya tanpa menunggu selesainya solat Jumaat. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab “Raudah at-Tolibin”:

إذا صلى المعذور الظهر قبل فوات الجمعة، صحت ظهره.

Maksudnya: Jika seseorang yang keuzuran (untuk mengerjakan solat Jumaat) melaksanakan solat Zohor sebelum tamat solat Jumaat, maka solat Zohornya sah.

4) Malah mereka yang berkeuzuran dari solat Jumaat telah mengerjakan solat Zohor, namun setelah selesai solat Zohor ternyata uzurnya hilang seperti sembuhnya penyakit setelah solat zohor sedangkan solat Jumaat masih belum didirikan lagi, maka dia tetap tidak diwajibkan menghadiri solat Jumaat. Perkara ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab “al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab”:

إذا صلى المعذور الظهر ثم زال عذره وتمكن من الجمعة أجزأته ظهره ولا تلزمه الجمعة بالاتفاق

Maksudnya: “Jika seseorang yang uzur Jumaat telah melaksanakan solat Zohor kemudian keuzuran hilang dan dia mampu untuk melaksanakan solat Jumaat, maka solat Zohornya tetap sah dan dia tidak dimestikan untuk solat Jumaat dengan sepakat (para ulama mazhab).”

5) Jika ada seseorang yang tidak berkeuzuran tetapi sengaja meninggalkan fardu Jumaat dengan memilih untuk mengerjakan solat Zohor sahaja. Jika solat Zohor itu dilaksanakan sebelum solat Jumaat didirikan maka solat Zohornya tidak sah bersamaan dia menanggung dosa besar kerana sengaja meninggalkan fardu Jumaat tanpa ada uzur. Oleh itu dia wajib mengulangi Zohornya setelah solat Jumaat didirikan. Ini dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam “Raudah at-Tolibin”:

من لا عذر له، إذا صلى الظهر قبل فوات الجمعة، لم تصح ظهره على الجديد

Maksudnya: “Sesiapa yang tiada keuzuran jika dia melaksanakan solat Zohor sebelum selesai solat Jumaat, maka solat zohor tidak sah menurut fatwa baru (Imam Syafi’ie).”

6) Kesimpulan, kaum wanita boleh terus mengerjakan solat Zohor samaada di rumah atau di mana sahaja setelah masuknya waktu zohor tanpa perlu menunggu solat Jumaat selesai dilaksanakan.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s