HUKUM BATAL PUASA QADHA’

SOALAN INBOX:

Salam ustaz… saya musykil pasal puasa ganti yang tertinggal masa Ramadan yang lepas. Betul ke kalau sengaja batalkan puasa ganti nanti kena ganti balik double? Satu puasa ganti yg tinggal Ramadan dan satu lagi sebab dia sengaja batalkan puasa ganti hari tu. Minta tolong ustaz jelaskan.

JAWAPAN:

1) Pada asasnya, haram seseorang itu sengaja membatalkan mana-mana amalan yang fardu termasuk lah puasa qadha’(ganti) kerana puasa qadha’ Ramadan termasuk di dalam ketogari amalan fardu. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Imam Syafi’ie –Radiyallhu ‘anhu- di dalam kitab “al-Umm”:

من دخل في صوم واجب عليه من شهر رضمان أو قضاء أو صوم نذر أو كفارة من وجه من الوجوه أو صلى مكتوبة في وقتها أو قضاها أو صلاة نذر لم يكن له أن يخرج من صوم أو صلاة ما كان مطيقا للصوم والصلاة على طهارة فإن خرج من واحد منهما بلا عذر عامدا كان مفسدا آثما عندنا.

Maksudnya: Sesiapa telah masuk(memulakan) puasa yang wajib daripada Ramadan, QADHA’, puasa nazar atau puasa kaffarah, atau solat fardu pada waktunya, solat Qadha’ atau solat nazar, maka dia tidak boleh keluar(membatalkan) dari puasa atau solat (tersebut) selagimana dia mampu untuk berpuasa dan solat dalam keadaan suci. Jika dia keluar(membatalkan) salah satu darinya tanpa keuzuran dengan sengaja maka menurut kami dia dikira sebagai bersalah dan berdosa.

2) Pengharaman membatalkan puasa qadha’ Ramadan dengan sengaja dan tanpa keuzuran juga dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam “Minhaj al-Tolibin”. Ini kerana apabila seseorang itu sudah memulakan amalan yang fardu maka haram dibatalkan tanpa sebab-sebab syar’ie.

3) Manakala jumlah yang perlu diganti bagi sesiapa yang meninggalkan puasa qadha’ dengan sengaja tetap satu hari, iaitu tidak perlu menggantikan ia dalam jumlah yang berganda. Perkara ini dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab “al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab”:

لو جامع في صوم غير رمضان من قضاء أو نذر أو غيرهما فلا كفارة كما سبق وبه قال الجمهور

Maksudnya: Jika seseorang berjimak ketika puasa selain Ramadan iaitu QADHA’, nazar atau selain dari kedua-duanya maka tiada kaffarah ke atasnya sepertimana yang disebutkan sebelum ini. Ini merupakan pendapat majoriti (di kalangan ulama).

4) Menurut kata-kata Imam Nawawi di atas pembatalan puasa qadha’ dengan melakukan jimak atau persetubuhan pada siang hari puasa qadha’ maka tidak dikenakan kaffarah ke atas pelaku. Jika kaffarah tidak diwajibkan begitu juga qadha’ tidak wajib tambahan satu lagi hari. Ini kerana pembatalan puasa qadha’ tidak memberi kesan penambahan hari gantian, namun ia hanya melibatkan dosa kerana memutuskan amalan fardu yang sedang dilaksanakan.

5) Kesimpulan di sini, tiada istilah puasa qadha’ di atas qadha’ atau puasa ganti di atas ganti. Namun meninggalkan puasa qadha’ tanpa keuzuran tetap dikira berdosa kerana amal ibadah yang fardu tidak boleh dibatalkan. Namun puasa qadha boleh dibatalkan jika ada uzur syar’ie seperti sakit dan musafir.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s