PUASA TIDAK CUKUP 29 HARI

SOALAN INBOX:

Seseorang yang belum cukup puasa sebulan namun pergi ke negeri yang sudah berhari raya, adakah dia kena selesaikan puasanya atau berhari raya? Mohon asatizah bantu.

 

JAWAPAN:

1) Pada asasnya bilangan hari untuk bulan Ramadan sekurang-kurangnya 29 hari, iaitu tidak boleh kurang. Ini bermakna sesiapa yang berpuasa kurang dari 29 hari maka tidak menyempurnakan puasa di bulan Ramadan.

2) Oleh itu sesiapa yang berpuasa sebanyak 28 hari kemudian pergi bermusafir ke tempat yang sudah berhari raya pada hari yang ke 29(bagi si musafir), maka wajib dia berhari raya mengikut rukyah setempat. Kemudian dia wajib menggantikan(qadha) satu hari pada hari yang lain untuk melengkapkan 29 hari.

3) Ini kerana kiraan bulan di dalam Islam terutamanya Ramadan sekurang-kurangnya 29 hari iaitu tidak kurang daripada kiraan itu.

4) Permasalahan ini ada dibincangkan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie, antara karangan Imam Nawawi ‘Minhaj al-Tolibin’ dan disyarahkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam ‘Tuhfah al-Muhtaj’ kata beliau:

(ومن سافر من البلد الآخر) الذي لم ير فيه (إلى بلد الرؤية عيد) أي أفطر (معهم) وإن كان لم يصم إلا ثمانية وعشرين يوما لما مر أنه صار مثلهم (وقضى يوما) إذا عيد معهم في التاسع والعشرين من صومه كما بأصله؛ لأن الشهر لا يكون ثمانية وعشرين بخلاف ما إذا عيد معهم يوم الثلاثين فإنه لا قضاء؛ لأنه يكون تسعة وعشرين.

Maknanya: “Sesiapa yang bermusafir dari negeri yang tidak kelihatan(anak bulan) ke negeri yang kelihatan(anak bulan) maka hendaklah dia berhari raya iaitu tidak berpuasa bersama-sama mereka(penduduk negeri itu), walaupun dia tidak berpuasa melainkan 28 hari disebabkan dia telah melalui (tempat itu) maka dia menjadi seperti mereka(berhari raya). Hendaklah dia menggantikan(qadha) sebanyak satu hari jika dia berhari raya bersama mereka pada hari ke 29 dari puasanya sepertimana yang asal. Ini kerana (kiraan) bulan tidak boleh sebanyak 28 hari, melainkan jika dia berhari raya bersama mereka pada hari ke 30 maka tiada qadha baginya kerana ia(Ramadan) sudah menjadi 29 hari.”
.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s