MANDI DI SIANG HARI RAMADAN

SOALAN INBOX:

Assalamu’alaikum ustaz, boleh saya tanya soalan berkenaan bab puasa. benarkah mazhab syafi’i memakruhkan mandi setelah terbit fajar di bulan ramadhan?

JAWAPAN:

Menurut mazhab Syafi’ie, mandi di siang hari di bulan Ramadan tidak kira sebagai hukum makruh. Perkara ini dijelaskan oleh al-Allamah al-Faqih Sheikh Muhammad Arshad bin Abdullah al-Banjari di dalam karangannya yang berjudul ‘Sabil al-Muhtadiin’ di dalam bab puasa:

“Dan tiada makruh bagi yang puasa mandi dan berminyak dan bercelak, hanya yang demikian itu khilaf al-awla, ertinya menyalahi yang terutama”.

Ini bermaksud mandi yang di siang hari Ramadan bagi orang yang berpuasa tidak lah makruh, ia hanya melibatkan ‘afdaliyyah’ sahaja, iaitu tidak mandi di siang hari Ramadan adalah lebih afdal daripada mandi.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s