SYARAH HADITH 40

20160519_092006

Kitab Hadith 40 Imam Nawawi adalah sebuah kitab himpunan hadith yang sangat penting. Kedudukannya yang sangat tinggi di sisi para ulama, penuntut ilmu dan umat Islam maka ramai di kalangan ulama silam dan moden mensyarahkan kitab ini terutama hadith-hadith yang terkandung di dalamnya.

Banyaknya syarah-syarah hadith 40 yang wujud, masing-masing mempunya kelebihan yang tersendiri. Ada yang mengambil pendekatan menjelaskan secara terperinci yang penuh maklumat dan ada yang ringkas dan padat.

Antara syarah-syarah yang perinci yang menarik minat saya ialah kitab “al-Fath al-Mubin” karangan ulama besar mazhab Syafi’ie yang tidak asing lagi, al-Imam al-Faqih Ibn Hajar al-Haitami رحمه الله تعالى. Satu lagi karangan syarah hadith 40 yang terperinci ialah “Jami’ al-Ulum wa al-Hikam” karangan ulama besar mazhab Hanbali, al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali. Meskipun Kedua-dua kitab ini bermetodkan penjelasan yang terperinci, namun terdapat perbezaan yang nyata di mana perbezaan ini menampakkan keistimewaan masing-masing.

Kitab Fath Mubin menjelaskan maksud hadith dengan lebih jelas termasuk juga penjelasan panjang lebar makna-makna yang tersurat dan tersirat. Malah beliau juga membawa beberapa riwayat-riwayat yang lain bagi menjelaskan makna sesuatu hadith. Beliau menghimpunkan dan menjamakkan makna riwayat-riwayat yang tampak bertentangan. Jika membaca buku, anda pasti akan kenyang dengan ilmu dan maklumat. Apa yang menarik juga perbahasan-perbahasan fiqh diselit sesuai dengan kepakaran beliau.

Manakala karangan Imam Ibn Rajab tidak kurang kehebatannya dengan penjelasan-penjelasan yang bermakna dan jarang ditemui dalam syarah-syarah yang lain. Apa yang istimewa dengan ini, imam Ibn Rajab membawa hadith-hadith yang menyokong hadith-hadith di dalam Arbain Nawawiyyah. Boleh dikatakan ia seperti ensiklopedia hadith menurut bab-bab di dalam kitab hadith 40.

Pendekatan yang berbeza pada kedua-dua kitab dapat melihatkan keistimewaan masing-masing. Menurut pendapat dan pengalaman yang lemah ini, antara kedua-dua syarah ini saya lebih cenderung kepada kitab “al-Fath al-Mubin” tanpa mengurangkan kedudukan peranan kitab “Jami’ al-Ulum al-Hikam”. Ini kerana kitab Imam Ibn Hajar banyak mencerahkan makna-makna hadith yang tersembunyi di sebaliknya. Namun kitab Imam Ibn Rajab banyak memberi kepada saya input hadith-hadith yang saya sendiri tidak pernah temui. Ini memudahkan saya untuk buat perkongsian di dalam kuliah atau ceramah.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s