Betul ke Batal wudu’ sebab sentuh isteri?

TULISAN TUAN GURU BABA MASHADI MASYUTI -HAFIZAHULLAH-

Sedikit bacaan Zohor yang berkat ini buat diri hamba yang jahil ini, semoga dengan bacaan ini Hamba dan muslimin sekelian di kasihi Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
Surah an Nisa ayat 43.

Ayat di atas di jadikan dalil atas Bathal wudhu’ lelaki menyentuh perempuan yang halal nikah dengannya.

Ini Perkataan muktamad dlm Mazhab Imam Shafie.

Berbeza dengan Mazhab Imam Hanafi yang mengatakan tidak bathal.

Tempat ikftilaf masaalah ini tertumpu pada firman Allah:

أَوْ لَمَسْتُمُ النِّسَاءَ

“Atau menyentuh kamu akan perempuan”

Disisi Imam Shafie Bathal wudhu dengan memaknakan kalimah “menyentuh” dengan menyentuh sama ada menyetuh dengan tapak tangan atau lainnya kerana itulah bahasa arab pada hakikatnya.

Di sisi Imam Hanafi kalimah “menyentuh” tersebut dimaknakan dengan Jimak/bersetubuh dengan jalan kinayah yang bermaksud menyentuh iaitu jimak/setubuh.

Keduan2nya ada dalil atau sumber dalam penafsiran mereka dengan keahlian dalam memahami bahasa arab.

Berbeza dengan Imam Shafie, sekali pun bahasa arab boleh dibawa kepada dua makna tersebut iaitu makna hakikat dan majaz tetapi Imam Shafie mendahulukan tafsir al-quran dengan al-quran maka jika tidak di dapatkan dalam al-quran maka di lihat dalam hadits dan jika tidak ada dalam hadits di cari athar sahabat dan seterusnya.

Jawaban pertama:

Cuba kita tengok dalam al-quran ada tak pada ayat-ayat lain allah menggunakan kalimah “menyentuh daripada kalimah bahasa arabnya لَمَسْتُمُ”.

Dalam al-quran surah al-Baqarah ayat 237, Allah gunakan lafaz sindiran jimak/Bersetubuh dengan lafaz “تَمَسُّوهُنَّ” seperti di bawah:

{وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ} [الْبَقَرَةِ: 237]

Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur/bersetubuh dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang telah kamu tentukan itu.

Ayat yang kedua:

وَقَالَ تَعَالَى: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا} [الْأَحْزَابِ: 49]

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampuri/mensetubuhinya maka sekali-sekali tidak wajib atas mereka ‘iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya.

Manakala dalam al-quran Allah mengunakan lafaz

{وَلَوْ نزلْنَا عَلَيْكَ كِتَابًا فِي قِرْطَاسٍ فَلَمَسُوهُ بِأَيْدِيهِمْ} [الْأَنْعَامِ: 7]

Dan kalau Kami turunkan kepadamu tulisan di atas kertas, lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri.

Dan jelas disini kita lihat Allah tidak menggunakan lafaz :” لَمَس menyentuh” dengan makna jimak/setubuh”.

Maka sepatutnya kita mendahulukan tafsiran Imam Shafie dalam menyusun Mazhabnya.

Maka jelas dengan tafsiran Imam Shafie ini: bahawa menyentuh lelaki akan perempuan/isteri hukumnya membathalkan wudhu’.

Jawaban kedua:

Pada ayat 43 surah an- Nisa tersebut sudah jelas pada awalnya menyebut “Jika kamu berjunub” dan kita maklum bahawa kalimah berjunub tersebut sudah tentu termasuk di bawah kata jimak/bersetubuh dan kenapa di ulangi lagi dengan tafsiran setubuh bagi kalimah “:” لَمَس menyentuh” dengan makna jimak/setubuh”.

Jika kita tetap nak menggunakannya bermakna satu ayat ada satu perkara diulang-ulang dengan dua kalimah yang berbeza…

Ini dinamakan mukarrar yang tak patut berlaku dalam fahaman orang ahli Feqh dengan jalan ilmi.

Kesimpulannya:

Makna ayat:
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub(bersetubuh dan umpamanya), kecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. Dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh(dengan tangan dan umpamanya) perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.
Surah an Nisa ayat 43.

Maka kita ambil faham daripada ayat tersebut melalui Mazhab Imam Shafie:

Bathal wudhu:

1) Junub

2) Keluar sesuatu daripada dua jalan iaitu dubur atau qubul atau kedeu-duanya sekali.

3) Menyentuh perempuan yang ajnabi/halal dinikahinya.

Tiga perkara ini antara beberapa perkara yang membathalkan wudhu’

Wallahuaalam.

Jawaban ketiga:

Hujjah mereka yang mengatakan tidak bathal wudhu dengan menyetuh perempuan/bukan mahram dengan dalil hadits bagi menafsirkan ayat tersebut perlu di halusi.

Pertama:
Kebanyakan nya hadits mauquf di hukumkan dengan marfu iaitu hikayat sahabat berkaitan dengan satu hokum dan di sandarkan kepada Nabi saw.

Kedua:
Berselisih sahabat dalam mentafsirkan maksud sentuh tersebut.

Ketiga:
Banyak Taarrud percanggahan antara sahabat dalam menafsirkan makna menyentuh tersebut.

Maka baiknya kita ambil Allah sendiri yang menafsirkannya lagi pula datang dengan jalan mutawatir.

Untuk menyokongnya, kita pilih sahabat yang mengatakan sentuh dengan makna sentuh bukan dgn makna jimak maka itulah makna yang sebenarnya pada syara’ dan makna sentuh dengan bersetubuh itu, makna kinayah dan bukan makna sebenar sentuh disisi Syara’

Sekadar pandangan orang kampong.

wallahuaalam

Baba Mashadi Masyuti

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Tafsir al-Quran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s