-WANITA HAID BACA AL-QURAN-

SOALAN INBOX:

Assalammualaikum ust
Maaf mengganggu. Saya ada soalan. Adakah dibolehkan perempuan yg sedang haidh membaca surah kahfi atau yasin?
Sememangnya tiap minggu tak lepas dari membaca surah2 itu sebagai amalan. Adakah membaca seminggu sekali dikira sebgai surah amalan? Saya dahului dengan terima kasih ust.
.

JAWAPAN:

1) Wanita dalam keadaan haid dan nifas diharamkan membaca alquran menurut majoriti ulama termasuk mazhab Syafi’ie.

2) Namun diharuskan mendengar bacaan ayat suci oleh orang lain sepertimana Sayyidah Aisyah -radiyallahu ‘anhu mendengar Nabi -sallallahu ‘alaihi wa sallam- membaca al-Quran ketika beliau dalam keadaan haid.

3) Mendengar bacaan al-Quran pahalanya boleh menyamai membaca al-Quran dan ia merupakan sunnah Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- berdasarkan hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَأْ عَلَيَّ قُلْتُ أَقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ إِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي. رواه البخاري

Maksudnya: Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan: ” Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda kepadaku: “Bacakanlah Al-Quran untukku!”. Lalu aku membalas: “Apakah aku yang membacakan Al-Quran untukmu(Wahai Rasulullah), padahal Al-Quran itu diturunkan kepadamu?”. Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda: “Aku suka mendengarkan bacaan Al-Quran itu dari orang lain.” Hadith riwayat Imam al-Bukhari.

4) Jadi wanita dalam keadaan haid atau nifas boleh mendapat pahala seolah-olah membaca al-Quran mendengar perisian-perisian bacaan ayat suci al-Quran atau mendengar melalui youtube dan seumpamanya.
.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s