SOLAT TARAWEH SELEPAS JAMAK TAQDIM

SOALAN WHATSAPP:

As salam ustad.. ada kemusykilan nak tanya.. sy musafir..sekiranya secara sendiri..bleh ke sy buat solat trawih slps solat jamak maghrib/isya dlm waktu maghrib atau kena buat slps masuk wktu isya?

JAWAPAN:

Menurut Imam Nawawi -rahimahullah- di dalam karangannya al-Majmu’, waktu solat taraweh untuk dilaksanakan setelah didirikan solat Isyak, kata beliau:

يدخل وقت التراويح بالفراغ من صلاة العشاء ذكره البغوي وغيره، ويبقى إلى طلوع الفجر

Maksudnya: “Waktu solat Taraweh masuk setelah selesai melaksanakan solat isyak sepertimana yang dinyatakan oleh al-Baghawi dan selain darinya, dan waktunya kekal hingga terbit fajar.”

Ini bermakna mulanya solat Taraweh boleh dilaksanakan selepas terlaksanannya Isyak.

Dalam kitab “Taqrirat Sadidah”(Feqh Syafi’ie) ada menyebut bilakah waktu bermulanya solat Taraweh:

يدخل وقتها بفعل العشاء ويخرج بطلوع الشمس في ليالي رمضان

Maksudnya: “Masuknya waktu solat Taraweh dengan perbuatan solat Isyak dan keluarnya dengan terbitnya fajar pada malam-malam Ramadan”.

Menurut kenyataan di atas, mula masuknya waktu Taraweh apabila bermulanya perlaksanaan solat Isyak iaitu bukan pada waktu masuknya Isyak.  Namun disyariatkan solat sunat Taraweh sejurus selepas terlaksananya solat Isyak yang mana dikira sah dan mendapat ganjaran fadilat Taraweh.

Namun yang lebih afdal Taraweh didirikan setelah solat Isyak iaitu setelah berlalu 1/3 malam, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam “Fatawa Kubra”.

Kami pernah bertanya kepada guru kami as-Sheikh al-‘Allamah Muhammad Abdur Rahim al-Wasobi(ulama Yaman) mengenai perkara ini, beliau menyatakan orang yang menjamakkan secara taqdim antara Maghrib dan Isyak bukan sahaja diharuskan solat Taraweh selepas itu, malah diharuskan untuk solat witir dan begitu juga solat malam(qiyamullail) walaupun masih dalam waktu maghrib, tetapi perlu tidur sejenak untuk mendapat fadilat qiyamullail.
Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s