TIDAK SALAM SELEPAS SALAM IMAM

SOALAN INBOX:

Salam ustaz. Saya solat terawih imam selalu baca tahiyat akhir cepat sgt. Sampai saya tak sempat habiskan. Apakah hukum saya terus habiskan tahiyat walaupn imam dah bagi salam?

JAWAPAN:

1) Makmum wajib mengkuti mana-mana rukun atau perbuatan imam di dalam solat dan haram menyelisihinya sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam-:

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَلَا تَخْتَلِفُوا عَلَيْهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا.

“Sesungguhnya imam hanya untuk diikuti, maka janganlah menyelisihnya. Apabila dia ruku’, maka ruku’lah. Dan bila dia menyebut ‘sami’allahu liman hamidah’, maka katakanlah, ’Rabbana walakal hamdu’. Apabila dia sujud maka sujud lah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

2) Menurut al-Hafiz Ibn al-Mulaqqin -rahimahullah- di dalam karangannya “Al-I’lam bi Fawaid Umdah al-Ahkam” bahawa hadith di atas menunjukkan bahawa makmum diwajibkan mengikuti imam di dalam solat dan makmum disunatkan mengikuti imam sejurus imam melakukan sesuatu rukun fi’li solat KECUALI salam. Ini kerana salam tidak disebut di dalam hadith tersebut iaitu tidak diwajibkan memberi salam sejurus imam memberi salam.

3) Imam Nawawi -rahimahillah- menjelaskan di dalam “Minhaj al-Tolibin” bahawa makmum diberi pilihan setelah imam memberi salam samaada memberi salam sejurus imam memberi salam atau meneruskan dengan doa setelah bacaan tahiyyat akhir, seperti kata beliau:

وتنقضي القدوة بسلام الإمام, فللمأموم أن يشتغل بدعاء ونحوه, ثم يسلم

Maksudnya: “Terputusnya ikutan dengan salam Imam , maka makmum disunatkan berdoa  dan seumpamanya kemudian memberi salam”.

4) Perkara ini dijelaskan lagi oleh Imam al-Ghamrawi di dalam “al-Siraj al-Wahhaj”:

ﻓﻠﻠﻤﺄﻣﻮﻡ اﻟﻤﻮاﻓﻖ ﺃﻥ ﻳﺸﺘﻐﻞ ﺑﺪﻋﺎء ﻭﻧﺤﻮﻩ ﺑﻌﺪ ﺳﻼﻡ اﻹﻣﺎﻡ ﺛﻢ ﻳﺴﻠﻢ

Maksudnya: “Maka makmum yang muwafiq boleh menumpukan diri dengan doa atau seumpamanya selepas salam imam, kemudian hendaklah dia memberi salam”.

5) Kesimpulannya, berdasarkan kenyataan ulama-ulama mazhab Syafi’ie di atas, makmum boleh meneruskan dengan bacaan doa atau zikir selepas imam memberi salam. Perbuatan ini tidak membatalkan solat dan begitu juga tidak meluputkan atau menjejaskan pahala jemaah. Manakala rukun yang lain disunatkan tidak menangguhkan perbuatan sejurus perbuatan imam.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s