KERJA BERAT & PUASA

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz, saya kerja di syarikat pembinaan, adakalanya saya terpaksa duduk lokasi pembinaan sehari suntuk nak tengok projek, ada hari tu memang sangat panas, saya macam tak larat puasa. Macamana yg dikatakan orang kerja berat yg dibenarkan berbuka puasa?

JAWAPAN:

Ada di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie membahaskan tentang kerja berat yang dibenarkan berbuka puasa seperti kerja bercucuk tanam, perladangan dan seumpamanya. Syarat yang dibenarkan untuk berbuka puasa bagi mereka yang bekerja berat ialah kerja itu menyebabkan kepayahan yang tidak dapat tertanggung seperti lemah badan atau tidak berdaya yang keterlaluan.

Piawaian kepayahan yang tidak tertanggung menurut Imam al-Ramli -rahimahullah- apabila mendirikan solat tidak dapat dilakukan secara berdiri iaitu hanya mampu mendirikannya secara duduk. Ada sebahagian ulama menyatakan jika kepayahan kerja berat itu menyebabkan solat tidak khusyuk maka diberi rukhsah.

Imam Ba ‘Alawi di dalam karanganya “Bughyah al-Mustarsyidin” ada menjelaskan tentang mereka yang bekerja berat sehingga tidak tertanggung diberikan rukhsah untuk berbuka puasa dengan 6 syarat:

1) Kerja berat itu tidak boleh ditangguh selepas bulan Ramadan.

2) Kerja itu tidak dapat dilakukan pada malam hari.

3) Kepayahan puasa yang tidak mampu ditanggung menurut kebiasaan.

4) Wajib niat puasa pada tiap-tiap malam dan tidak boleh berbuka puasa melainkan setelah datang kepayahan.

5) Mestilah berniat rukhsah ketika berbuka puasa supaya membezakan antara puasa yang dibenarkan berbuka dan yang tidak dibenarkan.

6) Jangan disengajakan untuk melakukan kerja berat supaya datang kepayahan sebagai alasan berbuka puasa.

Secara kesimpulan, jika kerja itu benar-benar berat sehingga mendatangkan kepayahan yang amat dan lengkap keenam-enam syarat di atas, maka dibenarkan untuk berbuka puasa iaitu berbuka dalam keadaan tidak berdosa. Namun wajib digantikan pada hari yang lain.

Dalam hal ini saya melihat, golongan orang yang kerja berat yang berhak diberi rukhsah untuk berbuka ialah mereka yang bekerja sebagai buruh binaan.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s