TIDAK PASTI IMAM QASAR ATAU TAMAM

SOALAN INBOX:

Salam ustaz. biasa di RnR saya nak berhenti solat dan saya nak ikut sesiapa yang tengah solat, tapi saya tak pasti samaada orang itu buat solat qasar atau tamam. macamana nak niat kalau dlm keadaan macam tu? kalau saya niat qasar tiba2 dia buat tamam. kalau saya niat tamam sekali orang tu buat qasar. mohon pencerahan dari ustaz.

JAWAPAN:

1) Pada asasnya makmum perlu ikut apa yang imam lakukan, jika imam itu melakukan tamam maka makmum juga wajib melakukan tamam. Sebagai contoh: Jika imam solat zohor secara tamam maka makmum wajib melakukan secara tamam.

2) Walaubagaimana pun makmum diharuskan menggantungkan niat qasar jika diketahui bahawa imam itu seorang musafir, seperti berniat, “aku berniat qasar jika imam mengqasarkan solat, atau berniat tamam jika imam mentamamkan solat”.

3) Penggantungan niat ini dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab “Raudah al-Tolibin”:

ﻭﻟﻮ ﻟﻢ ﻳﻌﺮﻑ ﻧﻴﺘﻪ ﻓﻌﻠﻖ ﻋﻠﻴﻬﺎ ﻓﻨﻮﻯ ﺇﻥ ﻗﺼﺮ ﻗﺼﺮﺕ، ﻭﺇﻥ ﺃﺗﻢ ﺃﺗﻤﻤﺖ، ﻓﻮﺟﻬﺎﻥ: ﺃﺻﺤﻬﻤﺎ: ﺟﻮاﺯ اﻟﺘﻌﻠﻴﻖ.

Maksudnya: “Jika seseorang tidak tahu niatnya(imam), maka dia menggantungkan ia(niat), maka dia berniat “Jika dia(Imam) qasar solat maka aku akan qasarkan solat dan jika dia melengkapkan(tamam) maka aku akan tamamkan”. Maka di sini ada dua pendapat (di kalangan ulama mazhab Syafi’ie), yang paling sahih ialah diharuskan menggantungkan niat”.

4) Manakala jika makmum syak atau tidak pasti samaada imam itu bermusafir atau tidak maka dia tidak boleh menggantungkan niat, maka wajib menyempurnakan solat jika ingin terus bermakmumkan imam itu. Ini kerana tiada bukti yg menampakkan dia itu seorang musafir, jadi apabila tiada bukti maka kembali pada hukum asal iaitu seseorang itu pada asalnya dikira sebagai bermukim bukan musafir, jadi orang mukim tiada cara lain melainkan tamam sahaja.

5) Apa pun secara kebiasaannya, sesiapa yang solat di RnR pastinya adalah musafir maka boleh menggantungkan niat seperti di atas. Jadi anda boleh meneruskan solat berjemaah, jika imam yang musafir itu mengqasarkan solat maka anda juga turut mengqasarkannya, jika solat itu ditamamkan oleh imam, maka anda wajib mentamamkan solat atas dasar mengikuti imam.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s