HUKUM MAKAN TAPAI

-HUKUM MAKAN TAPAI-

SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz, saya terbaca satu komen kat status fb ustaz ada yg bertanya tentang hukum makan tapai atau minum airnya. Pasal tapai ni dah agak lama saya fikirkan kalau ikutkan kajian tapai itu sendiri memang mengandungi alkohol tapi tak banyak. Jadi apa hukum tapai? Adakah dia sama macam arak sebab ia mengandungi alkohol?
.

JAWAPAN:

1) Setakat pencarian saya di internet(Prof. Dr. Google) memang di dalam tapai terdapat beberapa peratus alkohol seperti yang dimaksudkan, namun kapasiti tidak banyak. Ini kerana proses penapaian itu sendiri mampu menghasilkan alkohol. Walaubagaimana pun kapasiti alkohol yang ada dalam tapai itu tidak sampai tahap yang boleh memabukkan.

2) Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-7 bahawa alkohol yang terjadi dalam sampingan pembuatan makanan tidak najis(seperti arak) dan halal dimakan. Alkohol yang haram dan najis ialah yang dihasilkan melalui proses pembuatan arak.

3) Proses penapaian ini boleh disamakan dengan proses pembuatan air perahan buah-buahan yang diperam atau istilah fiqh disebut sebagai “Nabeez”. Nabeez menurut hukum fiqh diketogarikan sebagai minuman yang halal selagimana ia tidak mendapat tahap yang memabukkan.

4) Mengenai hal ini banyak sekali hadith yang menunjukkan peringkat pemprosesan Nabeez di peringkat awal tidak diharamkan malah halal untuk diminum kerana ia tidak sampai ke tahap yang memabukkan, antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim -rahimahullah-:

ابن عباس يقول: كان رسول الله عليه وسلم ينتبذ له اول الليل، فيشربه، إذا أصبح يومه ذلك، والليلة التى تجئ، والغد والليلة الأخرى والغد إلى العصر. فإن بقى شيئ، سقاه الخادم أو أمر به فصب. رواه مسلم

Maksudnya: Ibnu ‘Abbas –radiyallahu ‘anhu- berkata: “Biasanya Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wasallam- dibuatkan untuk baginda nabeez pada permulaan malam dan Baginda meminumnya di waktu pagi, hari itu dan malamnya, pada pagi (esoknya) dan malam berikutnya, serta keesokannya lagi sampai waktu Asar. Jika masih berbaki, maka Baginda berikan kepada pembantu atau Baginda perintah agar membuangnya.

Imam Nawawi –rahimahullah- menjelaskan hadith ini:

في هذه الأحاديث دلالة على جواز الانتباذ ، وجواز شرب النبيذ ما دام حلوا لم يتغير ولم يغل ، وهذا جائز بإجماع الأمة ، وأما سقيه الخادم بعد الثلاث وصبه ، فلأنه لا يؤمن بعد الثلاث تغيره.

Maksudnya: Hadith-hadith ini menunjukkan tentang keharusan melakukan proses intibaz(peraman buah-buahan, gandum dan seumpamanya) dan keharusan minum air peraman itu selama mana ia masih manis rasanya iaitu belum berubah dan belum mendidih. Perkara ini hukumnya harus menurut ijmak(sepakat ulama). Ada pun perbuatan memberi minum kepada pembantu baginda dan membuangnya selepas tiga hari disebabkan Baginda merasakan tidak selamat tentang perubahannya selepas tiga hari.

5) Hadith dan penjelasan Imam Nawawi di atas menunjukkan alkohol yang terjadi hasil dari proses pembuatan makanan tidak haram untuk diambil selagimana ia tidak memabukkan. Perkara ini juga dijelaskan oleh Imam Nawawi di dalam kitab ‘al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab’:

وأما النبيذ فقسمان مسكر وغيره، فالمسكر نجس عندنا وعند جمهور العلماء وشربه حرام وله حكم الخمر في التنجيس والتحريم ووجوب الحد

Maksudnya: Manakala nabeez terdapat dua bahagian iaitu yang memabukkan dan selainnya. Yang memabukkan adalah najis menurut kami(mazhab Syafi’ie) dan majoriti di kalangan ulama dan haram meminumnya, hukumnya sama seperti hukum khamr(arak) pada kenajisannya dan pengharamannya serta wajib kenakan hudud.

وأما القسم الثاني من النبيذ فهو ما لم يشتد ولم يصر مسكرا، وذلك كالماء الذي وضع فيه حبات تمر أو زبيب أو مشمش أو عسل أو نحوها فصار حلوا، وهذا القسم طاهر بالإجماع يجوز شربه وبيعه

Maknanya: Manakala bahagian kedua dari nabeez itu selagimana ia belum menjadi keterlaluan(perubahan rasanya) dan belum menjadi memabukkan maka ia seperti air yang diletak di dalamnya biji-biji tamar, anggur, aprikot, madu atau seumpamanya maka rasanya menjadi manis. Maka bahagian ini suci secara ijmak ulama dan diharuskan untuk minum dan jual.

6) Kesimpulannya tapai yang wujud di dalam budaya kita di nusantara khususnya Malaysia ianya halal untuk dimakan dan diminum airnya selagi mana ia tidak memabukkan. Tapai halal dimakan telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-7 pada tahun 1984.
.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s