HADIAH PAHALA KORBAN

SOALAN INBOX:

Surau di tempat saya ada membuka peluang sesiapa yang ingin buat korban untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Adakah sah hukum korban seperti ini?

JAWAPAN RINGKAS:

Menurut al-Marhum Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam karangannya “al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh” tentang hukum melaksanakan korban untuk si mati terdapat tiga pendapat:

1) Hukumnya harus dan sah, ini merupakan pendapat ulama mazhab Hanafi dan Hanbali.

2) Hukumnya makruh jika tiada wasiat dari si mati sebelum meninggal dunia, ini merupakan pendapat ulama mazhab Maliki.

3) Hukumnya tidak sah melainkan jika si mati mewasiatkan sebelum meninggal dunia. Ini adalah pendapat muktamad di dalam mazhab Syafi’ie seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab “Minhaj al-Tolibin”.

Jika merujuk kepada kitab “Mughni al-Muhtaj” dan “al-Siraj al-Wahhaj”(kedua-dua kitab antara rujukan fiqh mazhab Syafi’ie) terdapat pendapat lain dari kalangan ulama mazhab Syafi’ie yang menyatakan bahawa sah melakukan korban untuk si mati walaupun tiada wasiat dari si mati.

Apa pun permasalahan ini khilaf yang muktabar di kalangan ulama dan fuqaha’, oleh itu boleh berpegang kepada mana-mana pendapat yang dirasakan selesa. Ia sama seperti khilaf tentang hukum menyedekahkan pahala bacaan kepada si mati adakah sampai pahala atau pun tidak.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s