SYUBHAH DAN DAKWAAN NEGATIF TERHADAP IMAM SYAFI’IE

Kehebatan imam-imam mazhab antaranya Imam Syafi’ie -رضي الله عنه- tidak dapat dinafikan, namun terdapat beberapa dakwaan yang menafikan kedudukan beliau di dalam ilmu hadith yang kononnya beliau bukan perawi thiqah malah lemah sehinggakan Imam Bukhari dan Muslim -رحمهما الله- tidak mengambil hadith melalui jalur sanad Imam Syafi’ie, maka perkara ini kononnya menjadi hujah bahawa Imam Syafi’ie bukan jaguh di dalam bidang hadith.

Tuduhan ini dijawab oleh Imam al-Khatib al-Baghdadi -رحمه الله- di dalam karyanya “مسألة الإحتجاج بالشافعي فيما أسند إليه والرد على الطاعنين بعظم جهلهم عليه”. Hujah yang paling kuat diketengahkan oleh beliau bahawa Imam Bukhari dan Muslim tidak mengambil sanad Imam Syafi’ie bukan kerana kedudukan beliau yang tidak dipercayai dalam bidang hadith, namun disebabkan jalur sanad-sanad beliau bersifat NAAZIL iaitu rijal/perawi-perawi antara Imam Bukhari dan Imam Syafi’ie hingga ke Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- jumlah yang lebih ramai dari sanad-sanad yang lain. Maka sudah menjadi kewajipan ahli-ahli hadith perlu mendapatkan sanad ‘AALI iaitu antara Imam Bukhari hingga ke Rasulullah -صلى الله عليه وسلم- jumlah yang paling sedikit berbanding sanad-sanad yang ada. Hujah ini disokong oleh bukti-bukti yang dilampirkan oleh Khatib Baghdadi yang cukup kuat untuk menolak dakwaan tersebut.

Tambahan pula Imam al-Fakhrurrazi -رحمه الله- di dalam karyanya “مناقب الإمام الشافعي” kata-kata Imam Bukhari dan Imam Muslim yang memuji kedudukan Imam Syafi’ie yang tinggi di kalangan ahli-ahli hadith salaf. Perakuan dari kedua-dua raja kesarjanaan hadith ini sudah cukup sebagai bukti yang menolak tuduhan tersebut.

Apa yang lebih menarik, Imam Muslim sendiri telah mengarang sebuah kitab yang berjudul “الانتفاع بأهب السباع”(tetapi sayang kitab ini tidak sempat dicetak kerana manuskripnya tidak ditemui) yang berkait rapat dengan Imam Syafi’ie. Menurut Sheikh Dr. Akram al-Qawasimi di dalam karyanya “المدخل إلى مذهب الإمام الشافعي” kitab ini membuktikan pendirian Imam Muslim yang mempertahankan Imam Syafi’ie yang tiada tandingannya. Beliau telah memberi penjelasan tentang kedudukan beliau yang tinggi di kalangan pakar-pakar hadith di zaman salaf.

Menurut Dr. Akram lagi, Imam Ibn Hajar di dalam kitab “تهذيب التهذيب” menyatakan bahawa karya Imam Muslim tersebut merupakan salah satu rujukan ilmu jarh wa ta’dil. Oleh itu, perakuan Imam Muslim yang memuji dan mengangkat kedudukan Imam Syafi’ie di dalam kitab rijal hadith sudah cukup menolak dakwaan dan tuduhan yang dimaksudkan.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Rujukan:

المدخل إلى مذهب الإمام الشافعي -رضي الله عنه-, الشيخ الدكتور أكرم يوسف القواسمي

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Membela Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s